Wanita Dakwa Anak Jadi Mangsa Liwat Lebih Dari 5 Pelajar Tahfiz Di Banting, Rayu Ibu Bapa Pelajar Lain Tampil Beri Maklumat [Video]

LocalFamily & Parenting
9 Sep 2026 • 5:00 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebanyakan ibu bapa pastinya sentiasa mahu yang terbaik buat anak sehingga ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan dan keselamatan cahaya mata tersayang.

Namun dalam pada seseorang itu berjaga-jaga, tidak mustahil ada perkara yang tidak diingini berlaku sehingga boleh memberi kesan kepada mangsa.

Ibu Dakwa Anak Jadi Mangsa Liwat Lebih Dari 5 Pelajar Tahfiz, Tahu Daripada Anak Sendiri

Semalam (8 September), tular di media sosial video pendedahan seorang wanita yang juga seorang ibu mengenai insiden yang menimpa anaknya.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram penyanyi rap dan aktivis, Caprice, wanita berkenaan mendakwa anak lelakinya yang berusia 11 tahun menjadi mangsa liwat lebih dari lima pelajar di sebuah sekolah tahfiz di Banting, Selangor.

Dakwa wanita berkenaan, dia mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan sendiri oleh anaknya.

“Assalamualaikum Malaysia, saya seorang ibu. Saya menghantar anak saya yang berumur 11 tahun ke sebuah tahfiz di Banting.

“Dan saya dapat tahu daripada anak saya yang dia telah diliwat oleh lebih daripada lima orang pelajar di sekolah tahfiz tersebut,” katanya sebak.

Wanita Dakwa Masih Kekurangan Bukti, Rayu Ibu Bapa Pelajar Sekolah Tahfiz Sama Tampil Ke Hadapan

Menerusi video sama, wanita itu mendedahkan dia masih kekurangan bukti dan saksi berhubung kejadian berkenaan.

Malah, dia turut merayu kepada mana-mana individu yang menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz tersebut dari tahun 2024 sehingga 2026 untuk bertanya sekiranya turut menjadi mangsa.

“Saya memohon, saya merayu kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak ke tahfiz tersebut daripada tahun 2024 hingga 2026.

“Sila tanya dengan anak jika anak pernah diliwat atau pernah ada gangguan seksual oleh pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

“Jika ada, saya mohon sila tampil ke hadapan, hubungi kami,” jelasnya.

Pun begitu, wanita berkenaan tidak ada menyebut sebarang nama sekolah secara spesifik.

Namun, Caprice menerusi ruangan komen menjelaskan pihaknya sengaja tidak menyebut nama sekolah terbabit bagi mengelakkan disaman atau menerima injuksi mahkamah berhubung pendedahan kali ini.

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Polis Akan Panggil Ibu Mangsa Bagi Dapatkan Penjelasan

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi menjelaskan pihaknya akan memanggil wanita berkenaan bagi mendapatkan penjelasan berhubung video tular itu.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian warganet hingga ramai yang bersimpati dengan pendedahan wanita berkenaan.

Malah, ada yang mahu wanita terbabit terus mengambil tindakan tegas terhadap insiden yang menimpa anaknya itu.

Ini antara komen pengguna Instagram:

“Jangan Lepas Ni Bila Ada Peluang Fight, Tarik Diri Pula, Apa Pun, Saya Sangat Bersimpati Buat Puan Sekeluarga”

Image from: Wanita Dakwa Anak Jadi Mangsa Liwat Lebih Dari 5 Pelajar Tahfiz Di Banting, Rayu Ibu Bapa Pelajar Lain Tampil Beri Maklumat [Video]

“Dekat Banting Ni Banyak Pondok Tahfiz, Tolonglah Bagitahu Tahfiz Yang Mana Satu”

Image from: Wanita Dakwa Anak Jadi Mangsa Liwat Lebih Dari 5 Pelajar Tahfiz Di Banting, Rayu Ibu Bapa Pelajar Lain Tampil Beri Maklumat [Video]

“Allahu Kesiannya Anak. Semoga Ibu Terus Fight & Dapatkan Kebenaran”

Image from: Wanita Dakwa Anak Jadi Mangsa Liwat Lebih Dari 5 Pelajar Tahfiz Di Banting, Rayu Ibu Bapa Pelajar Lain Tampil Beri Maklumat [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved