Seorang pelajar tahfiz berusia 11 tahun didakwa menjadi mangsa liwat oleh lebih lima pelajar lain di sebuah pusat tahfiz di Banting.
Dakwaan berkenaan dibuat ibu mangsa menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram milik pempengaruh, Caprice.
View this post on Instagram
Menurut wanita terbabit, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas anaknya memaklumkan bahawa dia didakwa diliwat oleh beberapa pelajar lain di pusat tahfiz berkenaan.
“Saya seorang ibu yang menghantar anak saya berusia 11 tahun ke sebuah tahfiz di Banting. Saya dapat tahu daripada anak saya bahawa dia telah diliwat oleh lebih lima pelajar di sekolah tahfiz tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, wanita berkenaan berkata pihak keluarga kini masih berusaha mendapatkan bukti dan saksi berkaitan dakwaan tersebut.
Sehubungan itu, dia turut merayu kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak mereka ke pusat tahfiz berkenaan antara 2024 hingga tahun ini supaya bertanya kepada anak masing-masing sekiranya pernah menjadi mangsa gangguan seksual atau perbuatan seumpamanya.
“Saya mohon kepada ibu bapa, sila tanya anak masing-masing jika mereka pernah diliwat atau mengalami gangguan seksual oleh pelajar di sekolah tersebut.
“Jika ada, saya mohon tampil ke hadapan dan hubungi kami,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya akan memanggil wanita berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung video yang tular tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Elaun Pak Menteri Berpuluh Ribu" - Hanya RM 30, Netizen Dedah Kadar Insentif Khas 'Flying Doctor' KKM Sejak Tahun 1978
The post “Anak Saya Diliw*t 5 Pelajar Tahfiz Di Banting” – Ibu Merayu Mangsa Lain Untuk Tampil Ke Depan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






