“Jangan Main Telefon Tengah Malam…” – Wanita Dakwa Dengar Ketawa Misteri, Rakaman Telefon Pula Buat Ramai Meremang

13 Jul 2026 • 7:36 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: “Jangan Main Telefon Tengah Malam…” – Wanita Dakwa Dengar Ketawa Misteri, Rakaman Telefon Pula Buat Ramai Meremang

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berkongsi pengalaman menyeramkan yang didakwa dialaminya ketika bersendirian di rumah pada awal pagi, sehingga membuatkan ramai netizen turut meremang apabila membaca kisah tersebut di Threads.

Menerusi perkongsian oleh pemilik akaun Threads @theqiqikamari, kejadian itu berlaku sekitar pukul 2.43 pagi ketika dia sedang berbaring di ruang tamu sambil menonton TikTok menggunakan sebelah earphone.

Menurutnya, dia pada mulanya terdengar bunyi seperti seseorang ketawa perlahan dari hujung rumah.

“Aku tak pernah percaya cerita orang pasal jangan main telefon sorang-sorang tengah malam. Sampailah malam tu,” tulisnya.

Pada awalnya dia menyangka bunyi tersebut datang daripada jiran sebelum menyambung semula menonton video di telefon.

Namun beberapa minit kemudian, bunyi itu muncul semula dengan lebih jelas.

Bayang Wanita Di Tingkat Atas?

Menurut wanita itu, bunyi tersebut bukan seperti orang ketawa kerana melihat sesuatu yang lucu, sebaliknya lebih menyerupai seseorang yang sedang cuba menahan tangisan.

Dia kemudian melihat ke arah tingkat atas rumah dan mendakwa terlihat satu bayangan wanita berdiri kaku dengan rambut panjang menutupi wajah.

Keadaan itu membuatkan dia cuba mencapai suis lampu, namun mengakui tangannya terasa berat ketika itu.

Lebih mengejutkan, dia sempat merakam video selama 2 minit 13 saat bagi memastikan apa yang dilihatnya benar-benar berlaku.

Apabila cuba membuka semula telefon menggunakan Face ID, telefon itu memaparkan mesej:

“Face ID failed. Someone else is looking at your screen.”

Perkara itu membuatkan dia semakin panik sebelum berkongsi pengalaman tersebut di Threads.

Netizen Ada Yang Seram, Ada Yang Menghiburkan

Perkongsian berkenaan pantas menarik perhatian ramai dengan ratusan ribu tontonan serta pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang mengaku sengaja membuka Threads pada waktu siang kerana tidak berani mendengar rakaman pada waktu malam.

Tidak kurang juga yang berseloroh menyuruh “menghalau” gangguan tersebut, malah ada yang bergurau kononnya makhluk itu sudah menjadi “pekerja bawahan” kerana membantu menjana kandungan viral.

Dalam masa sama, beberapa netizen turut berpendapat pengalaman tersebut mungkin sekadar cerita hiburan atau lakonan untuk memberi unsur seram kepada pembaca.

Walau apa pun tafsirannya, perkongsian itu berjaya mencetuskan pelbagai reaksi dan menjadi antara hantaran yang hangat diperkatakan di Threads. – The Malaysian Update


Sokong TMU

Jika anda menghargai usaha TMU dalam menyampaikan berita, maklumat dan isu semasa yang bermanfaat, anda boleh memberi sokongan secara sukarela.

Sokongan anda membantu kami terus menghasilkan laporan, artikel dan kandungan berkualiti untuk rakyat Malaysia.

Sokong TMU di sini

The post “Jangan Main Telefon Tengah Malam…” – Wanita Dakwa Dengar Ketawa Misteri, Rakaman Telefon Pula Buat Ramai Meremang appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved