Guru memandu, pelajar tersepit nahas depan pusat latihan

24 Sep 2026 • 10:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Guru memandu, pelajar tersepit nahas depan pusat latihan

MELAKA – Seorang guru memandu warga emas berusia 73 tahun dan pelajar wanita berusia 20 tahun tersepit selepas kereta Perodua Axia dinaiki mereka terlibat dalam nahas di hadapan sebuah institut memandu di Kandang di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.04 tengah hari.

Katanya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi dan tiba pada pukul 1.14 tengah hari.

“Setibanya pasukan operasi di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta latihan memandu jenis Perodua Axia dan Perodua Myvi.

“Pemandu Myvi lelaki berusia 22 tahun hanya mengalami kecederaan ringan, manakala guru memandu 73 tahun dan pelajarnya iaitu wanita berusia 20 tahun tersepit di dalam Axia,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada pukul 3.04 petang selepas pasukan bomba memastikan tiada sebarang bahaya lain di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

The post Guru memandu, pelajar tersepit nahas depan pusat latihan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved