
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali kehilangan barangan berharga seperti barang kemas, telefon bimbit dan sebagainya pasti ia akan membuatkan seseorang berasa sedih.
Ia mungkin disebabkan sesuatu barangan itu tidak murah untuk didapatkan atau ia mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan sesiapa sahaja yang kehilangan barang berharap agar mereka mendapatkan semula barangan tersebut.
Wanita dapat semula telefon bimbitnya selepas 2 bulan hilang
Baru-baru ini, seorang wanita turut berdepan perkara sama apabila dia berjaya mendapatkan semula telefon bimbit yang sudah hilang pada 2 bulan lalu.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @hidenseek.my di TikTok, awalnya kelihatan wanita berkenaan berjalan menuju ke arah seorang lelaki yang turun dari sebuah motosikal sambil menjerit terharu.
Kedengaran suaranya seolah-olah tidak percaya dia boleh mendapatkan semula telefon yang sudah lama hilang.
Minta buka kata laluan terlebih dahulu untuk pastikan telefon bimbit itu milik wanita berkenaan
Turut kelihatan lelaki berkenaan menghulurkan telefon itu dan bertanya adakah benar itu milik wanita terbabit.
Lelaki tersebut turut meminta wanita itu membuka kata laluan yang ada pada telefon bimbit berkenaan dipercayai sebagai cara untuk mengesahkan yang dia adalah pemilik peranti itu.
Wanita itu segera mengambil telefon terbabit dan menekan kata laluan, sebaik sahaja kata laluan dimasukkan kelihatan peranti itu boleh dibuka. Perkara itu secara tidak langsung menunjukkan ia adalah milik wanita tersebut.
Malah kedengaran wanita itu bersorak sebaik dia dapat membuka telefon berkenaan. Wanita itu turut memaklumkan lelaki berkenaan telah menunggang motosikal selama 45 minit untuk memulangkan semula telefon bimbit berkenaan kepadanya.
Siap beri cenderahati kerana dah pulangkan telefon
Sebagai penghargaan dia memberikan cenderahati yang dipercayai berbentuk wang yang diletakkan dalam satu sampul untuk lelaki terbabit.
Lelaki itu kemudiannya sempat menceritakan bagaimana dia menjumpai telefon bimbit tersebut.
“Adik saya jumpa, tapi dah lama dah dia jumpa. Kemudian dia simpan dalam rumah, di dalam almari. Saya tengok tu telefon siapa? Saya pun biar. Hari ni saya niat mahu cas, kemudian keluar notifikasi ada tulis,” ujarnya.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan wanita berkenaan terharu sebaik mendengar ceritanya.
I got my lost back after 2 month… unbelievable🥹 Thanks to this kind man 🥰🥹
Ada yang sempat mengusik lelaki itu untuk menjadikan wanita itu sebagai pasangan
Melihat di ruangan komen, ramai yang suka melihat video tersebut dan bergurau dengan mengatakan mereka boleh menjadi pasangan dan sebagainya.
Namun ada juga yang berkongsi pengalaman pernah menjumpai atau pernah berdepan dengan kehilangan telefon bimbit.
“‘Awak banyak baik.’ Ada harapan bro. Kalau awak terlalu baik buat saya tu dah tak ada harapan”

“Sebelum ini aku pernah jumpa telefon iPhone dekat tengah jalan raya. Jadi bawa balik telefon tu. Balik-balik telefon tu berdering mungkin pemilik call. Nak angkat tak boleh sebab skrin telefon hancur tapi hidup lagi..”

“Kak awak untung jumpa orang baik. Bulan lepas dompet suami jatuh, dalam tu ada wang tunai nak baiki motor kita orang tapi tak ada rezeki. Cuma jumpa kad pengenalan dan kad nikah saja”




![Berdehem Ketika Solat Untuk Beri Isyarat? Ini Hukumnya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)