Wanita dilapor hilang ditemukan meninggal dunia bersama kenalan dalam kereta

20 Sep 2026 • 4:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Wanita dilapor hilang ditemukan meninggal dunia bersama kenalan dalam kereta

ALOR GAJAH, 20 SEPT: Seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Taman Inang Sari, Durian Tunggal di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata mayat lelaki dan wanita masing-masing berusia 31 dan 33 tahun itu ditemukan pada 12.05 tengah malam tadi.

"Siasatan awal ke atas kedua-dua mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah termasuk kemungkinan disamun atau berlaku pergelutan," katanya kepada pemberita.

Ahmad berkata pihaknya sebelum itu menerima laporan mengenai kehilangan wanita tersebut yang dibuat oleh ibunya pada 17 September lepas selepas mangsa gagal dikesan.

Beliau berkata bagaimanapun, pihaknya tidak sempat mengambil tindakan lanjut berhubung laporan kehilangan itu selepas menerima maklumat berkaitan penemuan dua mayat terbabit.

“Belum sempat kes orang hilang dibuka, kita menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat tersebut.

“Pemeriksaan awal mendapati mayat wanita tersebut adalah individu yang dilaporkan hilang, manakala lelaki berkenaan dipercayai kenalannya,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat yang sudah membengkak, kedua-dua mangsa dipercayai telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lepas.

“Semakan mendapati kedua-dua mangsa beralamat di Melaka dengan wanita terbabit masih bujang. Majikan wanita itu juga memaklumkan mangsa tidak hadir bekerja sejak tiga hari lepas.

"Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved