Warga emas maut dalam kebakaran rumah di Tampin

19 Sep 2026 • 6:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Warga emas maut dalam kebakaran rumah di Tampin

Mangsa berusia 63 tahun ditemukan di bilik ruangan belakang, dipercayai gagal menyelamatkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

TAMPIN: Seorang lelaki warga emas maut dalam sebuah kebakaran rumah teres setingkat di Taman Indah di sini, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata dalam kejadian kira-kira 6.15 pagi itu, mangsa berusia 63 tahun ditemukan di bilik ruangan belakang, dipercayai gagal menyelamatkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

“Rumah berkenaan dihuni tiga beranak, bagaimanapun isteri dan anaknya masing-masing berusia 56, dan 27, dapat menyelamatkan diri daripada kebakaran yang menyebabkan 30 peratus bahagian belakang rumah terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada lintas pintas dan tiada unsur jenayah dikesan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved