Luahan Pembaca: ‘Hujan sekejap, masalah tak selesai-selesai’

LocalOpinion
2 Nov 2026 • 9:12 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Luahan Pembaca: ‘Hujan sekejap, masalah tak selesai-selesai’

SAUDARA PENGARANG,

Satu isu yang saya lihat sudah berlarutan terlalu lama dan menghantui pengguna jalan raya di kawasan berdekatan i-City dan Seksyen 7, Shah Alam, Selangor adalah banjir kilat.

Hujan dalam tempoh yang singkat tetapi mampu membuatkan pengguna terkandas dan kesesakan jalan yang teruk.

Banjir kilat di kawasan ini seolah-olah tiada jalan penyelesaian dan pengguna perlu berdepan keadaan itu tanpa jaminan bilakah semuanya akan selesai.

Situasi lebih buruk apabila hujan lebat pada waktu petang, di saat orang ramai mahu pulang dari bekerja.

Biarpun berita tentang banjir kilat yang melibatkan banyak kenderaan terkandas di kawasan ini selalu dipaparkan di media sosial, namun ia seolah-olah dipandang sepi, tiada sebarang tindakan drastik oleh pihak yang sepatutnya ‘membuat kerja’ atau mencari penyelesaian.

Sebagai pengguna yang sering melalui jalan tersebut, kami mahu satu penyelesaian agar tidak lagi membebankan orang ramai. Kami perlu segera sampai di rumah. Pihak berkuasa perlu mencari jalan penyelesaian sama ada melebarkan longkang, atau membuat aliran bagi mengelakkan air bertakung.

Lakukan sesuatu segera dan jangan tunggu sehingga ada yang ditimpa musibah.

PEMINAT ICITY
WAN JAH

The post Luahan Pembaca: ‘Hujan sekejap, masalah tak selesai-selesai’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved