Wanita Ditahan, Dipercayai Berpakat Dengan Kekasih Bunuh Suami

8 Jun 2023 • 12:54 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Ditahan, Dipercayai Berpakat Dengan Kekasih Bunuh Suami

INDIA: Seorang wanita didakwa telah bersubahat dengan kekasihnya untuk membunuh suaminya dan menaburkan garam ke atas mayat mangsa untuk menghapuskan bukti, lapor India Today.

Kejadian tersebut berlaku di Bengal Barat pada bulan lalu dan mayat mangsa telah ditemui oleh anaknya.

Difahamkan, suspek merupakan kekasih kepada wanita itu berasal dari Jaipur, mereka dipercayai merancang untuk membunuh suami wanita itu supaya boleh hidup bersama.

Mengikut rancangan yang dicadangkan oleh kekasihnya, wanita tersebut membunuh suaminya lalu menuang garam untuk menguraikan mayat sebelum menanamnya.

Selepas siasatan dilakukan oleh pihak polis, mereka mengesyaki bahawa wanita tersebut telah membunuh suaminya.

Difahamkan, suspek bersembunyi di Jharkhand dan menunggu situasi reda selepas melakukan pembunuhan itu. Bagaimanapun, polis mengetahui lokasi keberadaannya dan berjaya menahan suspek.

Mengikut keterangan yang direkodkan, dia mengaku telah membunuh suaminya kerana mempunyai hubungan luar nikah dengan kekasihnya.

Dia telah direman selama lima hari selepas mendapat perintah dari Mahkamah Daerah Purulia.

Imbas kembali, dalam kejadian di Teelangana, India pada tahun 2019, seorang wanita nekad membunuh suaminya dan kemudiannya ‘mencederakan’ wajah kekasihnya dengan asid sebelum memaklumkan kepada keluarga mentuanya bahawa si ‘suaminya’ cedera kerana diserang sekumpulan lelaki.

Difahamkan, wanita terbabit merancang jenayah tersebut bersama kekasihnya untuk mencuri identiti suaminya. Malah, kekasihnya juga telah bersetuju untuk menjalani pembedahan plastik.

Polis tempatan berkata kedua-dua suspek dipercayai mendapat ilham untuk melakukan perkara tersebut daripada sebuah filem India, Yevadu (2014).

Wanita tersebut dan suaminya sudah tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Helah mereka terbongkar apabila kekasihnya yang telah disimbah asid pada muka tidak memakan sup kambing yang dihidangkan oleh keluarga mangsa.

Walhal mangsa sangat menggemari hidangan itu. Ekoran pelik, keluarga mangsa telah membuat laporan polis dan hasil pemeriksaan cap jari mendedahkan identiti sebenar lelaki itu.

Sementara itu, mayat mangsa dikatakan telah dipukul dengan besi hingga mati, dibawa ke hutan dan dibakar.

Sumber: India Today