Wanita Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Kereta Di Pusat Beli-Belah

31 Oct 2025 • 8:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Kereta Di Pusat Beli-Belah

KUCHING, (Bernama) — Seorang wanita tempatan dalam lingkungan 20-an ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan diparkir di sebuah pusat membeli-belah di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata polis menerima aduan orang awam pada 1.55 tengah hari berhubung seorang wanita tidak sedarkan diri dalam kenderaan.

“Wanita itu ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu. Pasukan Balai Bomba Tabuan Jaya membantu membuka pintu kenderaan yang terkunci dari dalam,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Alexson berkata mangsa yang dilaporkan hilang di kawasan Tabuan Jaya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Marianna Liew Ai Jiar, 24, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada petang Sabtu lepas.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved