Wanita Felda perlu jadikan al-Quran panduan hidup

2 Oct 2026 • 1:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita Felda perlu jadikan al-Quran panduan hidup

KUALA LUMPUR – Wanita Felda perlu menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam menjalani kehidupan termasuk ketika membuat keputusan, mengurus keluarga dan melaksanakan amanah.

Pengarah Besar Felda, Datuk Dr. Suzana Idayu Wati Osman berkata, nilai dan pengajaran dalam al-Quran perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

“Ukuran sebenar yang ada atas al-Quran bukan hanya kepada berapa banyak yang kita baca, tetapi sejauh mana al-Quran itu mengubah cara kita menjalani kehidupan. Satu jam bersama al-Quran menjadi permulaan daripada 23 jam kehidupan yang dipandu oleh al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Felda Women #QuranHour 2026 di Menara Felda, di sini hari ini.

Suzana berkata, al-Quran bukan sekadar kitab untuk dibaca, sebaliknya petunjuk yang menunjukkan cara manusia berfikir, membuat keputusan, mengurus keluarga, melaksanakan amanah dan menjalani kehidupan.

“Apabila kita kembali ke pejabat bawa nilai al-Quran, apabila kita pulang kepada keluarga bawa nilai al-Quran, apabila kita membuat keputusan bawa nilai amanah, apabila kita diberikan tanggungjawab bawa nilai adil, dan apabila kita berurusan dengan manusia, bawa nilai Islam,” katanya.

Beliau berkata, wanita mempunyai peranan besar dalam membentuk keluarga, mendidik generasi dan membangunkan masyarakat.

“Wanita yang berilmu dan memahami al-Quran bukan sahaja mampu membina dirinya, tetapi membina keluarga dan membentuk generasi. Hari ini, peranan ini semakin luas. Wanita Felda turut tampil sebagai pemimpin, sebagai profesional, sebagai petugas organisasi, sebagai usahawan dan penggerak masyarakat,” katanya.

Terdahulu, program itu menghimpunkan lebih 300 wanita dengan memberi fokus kepada pembinaan wanita yang berdaya tahan menghadapi ujian, teguh mempertahankan prinsip serta berkeupayaan membina kehidupan dan masa depan walaupun dalam keadaan mencabar.- KOSMO! ONLINE

The post Wanita Felda perlu jadikan al-Quran panduan hidup appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved