Wanita Goreng Haiwan Peliharaan Suami Gara-gara Pasangan Lebih Utamakan Ikan Hiasan

Entertainment
9 Jul 2022 • 1:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila dah berkahwin, kita kena lah terima minat dan hobi suami atau isteri kita kan. Asalnya tak pelik atau melanggar hukum agama, kena lah saling sokong minat masing-masing kan.

Namun, seorang wanita dipercayai di Indonesia ini pula telah bertindak menggoreng ikan-ikan hiasan peliharaan suaminya gara-gara pasangannya itu dikatakan lebih mengutamakan ikan daripada isteri sendiri.

Dalam sebuah video yang dikongsikan menerusi Instagram dunia_kaumhawa baru-baru ini, dapat dilihat seorang wanita merakam ikan-ikan hiasa itu di dalam akuarium sambil mengatakan suaminya itu lebih pentingkan ikan daripada dirinya.

Semua ini kerana ikan. Sikit-sikit ikan, sikit-sikit ikan. Kita gorengkan saja ikannya. Kan sedap tu makan ikan goreng,” kata wanita itu dalam video.

Wanita itu juga mengatakan semalam mereka tidak jadi untuk melancong ke Puncak iaitu sebuah kawasan tanah tinggi di Indonesia (macam Cameron Highlands jika di Malaysia) gara-gara suaminya nak beli makanan ikan.

image is not available

Lepas itu, mereka kemudiannya ke pusat beli belah kerana suaminya janji nak pergi shopping namun tiba-tiba suaminya beli ikan baru selepas ternampak jualan ikan.

image is not available

Video terbabit telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kesian dengan lelaki tersebut.

Ada yang berpendapat wanita tersebut tak sepatutnya berbuat demikian sebab hobi suaminya itu bukanlah sesuatu yang jahat selagi dia tidak mengabaikan tanggungjawab untuk keluarga dan barang keperluan rumah tetap dibeli.

image is not available

Selain itu, ada juga yang kata lebih baik suaminya habiskan duit untuk ikan hiasan daripada berhabiskan duit untuk wanita lain.

Dalam masa yang sama, netizen yang lain pula berpendapat mungkin juga ikan-ikan tu dah mati, jadi kesemuanya digoreng oleh wanita itu.

Apa pula pendapat korang? Apa-apa pun, kita selaku orang luar jangan judge dorang, sebab kita tak tahu perkara sebenar yang berlaku pada pasangan ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.