Wanita Kongsi Cuba Pakai Skirt Dari Jenama Antarabangsa, Ramai Kata Macam Kain Pelikat [Video]

Women's FashionLifestyle
10 Sep 2025 • 1:52 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Kain pelikat merupakan salah satu jenis pakaian yang sering digunakan oleh golongan lelaki di beberapa negara Asia Tenggara.

Sebagai contoh antara negara yang memakai kain seperti kain pelikat adalah Malaysia, Indonesia, Brunei, dan sebagainya.

Jika di Malaysia kain pelikat ini sering dipakai oleh kaum Melayu dan India malah menjadi sebahagian daripada tradisional yang diwarisi turun-temurun. Bahkan ia tidak hanya dipakai di rumah tetapi turut digunakan untuk menunaikan solat, majlis dan banyak lagi.

Bagi umat Islam kain pelikat juga dianggap sebagai satu pakaian yang sopan kerana ia sering dipakai bersama baju Melayu.

Wanita di Belgium kongsi momen cuba skirt dari jenama antarabangsa

Baru-baru ini, seorang wanita di Belgium yang sering memuat naik topik mengenai fesyen dan pakaian yang dicubanya telah menjadi perhatian ramai di media sosial.

Wanita itu menjadi perhatian selepas dia berkongsi momennya mencuba sehelai skirt daripada jenama antarabangsa dan ramai menyifatkan ia seperti kain yang sering dipakai oleh kaum lelaki.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Juliar Wears di TikTok, kelihatan dia berada di sebuah bilik persalinan baju dan mencuba skirt dipercayai daripada jenama Cos.

Ramai sifatkan ia seperti kain pelikat

Kelihatan skirt tersebut bercorak petak persis seperti kain pelikat. Namun ia telah distailkan pada bahagian hadapan menampakkan ia seperti skirt pario yang sering dipakai bersama baju kebaya.

Dalam video tersebut kelihatan wanita itu memakai skirt berkenaan dan dipadankan dengan baju kemeja berwarna putih yang dimasukkan ke dalam kain (tuck in).

Di ruangan kapsyen wanita itu turut menyifatkan ia adalah skirt yang cantik daripada jenama berkenaan serta memaklumkan dia memakai saiz xs untuk pakaian berkenaan.

@juliawears3

Beautiful @COS skirt❤️‍🔥 I’m trying size XS🙌 #cos#coshaul

♬ original sound – youngjjenny9

Ramai terhibur dan sifatkan kain seperti kain pelikat

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dan menyifatkan skirt tersebut seperti kain pelikat yang sering dipakai oleh golongan lelaki untuk solat Jumaat.

Selain kain pelikat ada juga yang menyamakan skirt itu seperti Lungi iaitu kain sarung yang sering digunakan oleh kaum lelaki di India.

Malah ada yang mengatakan mereka tidak sangka kain pelikat yang sering digunakan bapa mereka kini menjadi fesyen di luar negara.

Walau bagaimanapun, menerusi carian kami di laman sosial dan laman sesawang jenama itu tidak menjumpai skirt berkenaan.

“Tak sangka kain pelihat bapak aku boleh jadi fesyen”

image is not available

“Saya cadangkan pakai jenama Gajah Duduk kak. Harga rahmah lepas tu boleh kustom nak labuh mana. Warna pun banyak. Ayah saya dah cuma, memang disyorkan”

image is not available

“Adakah itu lungi?”

image is not available