Wanita Malaysia Ditahan Di India Seludup Kanabis Bernilai RM2.2 Juta

9 Sep 2026 • 5:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Wanita Malaysia Ditahan Di India Seludup Kanabis Bernilai RM2.2 Juta

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Seorang wanita warga Malaysia ditahan pihak berkuasa India kerana cuba menyeludup 15 kilogram kanabis bernilai kira-kira 52.5 juta rupee (RM2.2 juta) di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi pada 4 Sept lepas.

Jabatan Kastam Delhi (Lapangan Terbang & Am) dalam kenyataan di X memaklumkan penumpang berkenaan yang tiba dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan OD-205 itu ditahan di Terminal 3 berdasarkan pemeriksaan bersasar berasaskan profil.

Baca juga:

"Dia diarahkan ke laluan hijau untuk pemeriksaan lanjut. Pemeriksaan terhadap beg beroda miliknya membawa kepada penemuan 30 peket plastik mengandungi bahan disyaki kanabis seberat 15,015.5 gram (berat bersih)," menurut jabatan itu.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 43(B) Akta Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS) 1985, manakala dadah itu dirampas mengikut Seksyen 43(A) akta sama.

Kes itu turut direkodkan mengikut Seksyen 8, 20, 23 dan 29 akta sama, berkaitan pemilikan, pengangkutan, pengimportan dan konspirasi membabitkan bahan narkotik secara haram.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved