
PETALING JAYA – Aktiviti riadah bertukar tragedi apabila seorang wanita maut selepas bot dinaikinya ketika melakukan aktiviti ‘water rafting’ terbalik sebelum dia dihanyutkan arus deras di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Manimaran Muniandy berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa kira-kira pukul 3.15 petang.
“Siasatan awal mendapati bot yang dinaiki mangsa ketika melakukan aktiviti ‘water rafting’ dipercayai terbalik menyebabkan mangsa dihanyutkan arus deras,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kira-kira pukul 3.30 petang bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Katanya, mangsa berjaya ditemukan kira-kira 45 minit kemudian iaitu pada pukul 4.15 petang.
“Pihak hospital kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian pada pukul 5.37 petang,” katanya.
Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai yang mengunjungi pusat rekreasi atau perkelahan di sekitar Hulu Selangor supaya sentiasa peka serta mengutamakan keselamatan diri ketika beriadah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini terutama ketika menjalankan aktiviti rekreasi air. – KOSMO! ONLINE
The post Bot terbalik, wanita maut dihanyut arus deras ketika ‘water rafting’ appeared first on Kosmo Online.






