Wanita maut dihempap tiang besi dirempuh kereta

22 Aug 2026 • 2:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wanita maut dihempap tiang besi dirempuh kereta

PETALING JAYA: Seorang wanita maut dihempap tiang besi yang dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di hadapan sebuah medan selera di Bandar Mahkota Cheras, Kajang kira-kira pukul 1.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu masuk ke ruang makan medan selera sebelum berpusing semula menghala keluar.

“Dalam masa sama, mangsa, berusia 47 tahun dipercayai berlari ke arah kenderaan berkenaan untuk menghalang atau menghentikannya.

“Bagaimanapun, kereta tersebut melanggar sebatang tiang besi menyebabkan tiang berkenaan terbalik dan terkena kepala mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Naazron berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala oleh petugas kesihatan yang tiba di tempat kejadian.

Katanya, pemandu kereta turut mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan serta pengambilan sampel.

“Pemandu berkenaan telah ditahan dan hasil semakan mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod lampau. Dia sehingga kini masih menjalani rawatan di hospital,” jelasnya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.-UTUSAN

The post Wanita maut dihempap tiang besi dirempuh kereta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved