Wanita maut dipercayai akibat serangan jantung, kereta dipandu rempuh dua motosikal

LocalHealth & Fitness
13 Aug 2026 • 10:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita maut dipercayai akibat serangan jantung, kereta dipandu rempuh dua motosikal
Kereta dipandu mangsa merempuh dua buah motosikal yang diparkir di hadapan sebuah restoran. FOTO: Guang Ming Daily
Image from: Wanita maut dipercayai akibat serangan jantung, kereta dipandu rempuh dua motosikal
Mangsa dibawa ke HPP untuk rawatan lanjut namun mangsa disahkan telah meninggal dunia. FOTO: Guang Ming Daily

GEORGE TOWN – Seorang wanita berusia 36 tahun maut selepas dipercayai mengalami serangan jantung ketika memandu sebelum kenderaannya merempuh dua motosikal yang diparkir di hadapan sebuah restoran di Jalan Macalister di sini pada Khamis.

Kemalangan di hadapan Restoran Yummy Cottage itu tular di media sosial sehingga menimbulkan persoalan mengenai keadaan mangsa dan penunggang motosikal yang dikatakan terlibat dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu sebenarnya hanya membabitkan mangsa yang merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua motosikal yang dirempuh tidak mempunyai penunggang ketika kejadian dan berada dalam keadaan diparkir di tepi restoran.

“Mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dipercayai mengalami serangan jantung semasa kejadian.

“Bedah siasat akan dijalankan dalam tempoh terdekat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

**media[3614420]**

Beliau menambah, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada hari sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kejadian berkenaan yang mana menurut saksi, wanita berkenaan tidak sedarkan diri selepas kemalangan itu.

Saksi turut mendakwa, suami mangsa yang bergegas ke lokasi selepas dimaklumkan mengenai kejadian telah melakukan bantuan pernafasan selama 20 minit dalam usaha menyelamatkan isterinya.

Suami bersama beberapa rakannya turut meminta mangsa bangun sambil berkata berulang kali, 'bangun, anak-anak tunggu'.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved