Wanita rempuh motosikal rupanya terkena serangan jantung

LocalHealth & Fitness
13 Aug 2026 • 11:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita rempuh motosikal rupanya terkena serangan jantung

GEORGE TOWN – Pemandu wanita yang tular merempuh dua motosikal yang diparkir di hadapan sebuah restoran di Jalan Macalister di sini, hari ini dipercayai mengalami serangan jantung ketika kemalangan berlaku.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, wanita berkenaan yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

“Pihak Polis ingin mengesahkan kemalangan ini hanya membabitkan mangsa wanita yang juga pemandu MPV, manakala dua buah motosikal yang tiada penunggang ketika itu diparkir di tepi restoran berkenaan.

“Bedah siasat akan dijalankan dalam tempoh terdekat bagi mengenal pasti punca kematian dan laporan polis berhubung kejadian berlaku dibuat pada hari ini,” katanya di sini, malam ini.

Menurut beliau, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara cuai atau merbahaya hingga menyebabkan kematian.

Beliau berkata, polis sebelum ini terkesan satu video tular di media sosial yang memaparkan kejadian kemalangan jalan raya di hadapan sebuah restoran sehingga menarik perhatian masyarakat umum.

Terdahulu, beberapa keping gambar dan video turut tular di media sosial yang memaparkan orang awam memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa, sebelum wanita itu dikejarkan ke hospital dengan ambulans. -KOSMO! ONLINE

The post Wanita rempuh motosikal rupanya terkena serangan jantung appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved