Hubungan Guru Wanita & Pelajar Lelaki Terbongkar Selepas Keluarga Temui Rakaman Video

24 Sep 2026 • 12:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Perbuatan seorang guru wanita yang didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan pelajarnya terbongkar selepas rakaman video membabitkan mereka diketahui ahli keluarga remaja berusia 17 tahun itu serta pihak sekolah.

Difahamkan, hubungan tersebut dipercayai terjalin sejak tahun lalu dengan guru berusia lingkungan 30-an itu dan pelajar berkenaan didakwa beberapa kali mendaftar masuk ke hotel di sekitar Seri Kembangan selain bertemu di kediaman guru tersebut.

Advertisement

Menurut sumber, pelajar lelaki terbabit mendakwa gurunya pada awalnya mengajaknya keluar berjalan-jalan dan makan sebelum membawanya ke sebuah hotel.

skandal cikgu dan murid

Dah berlaku beberapa kali

Guru terbabit kemudiannya didakwa melakukan perbuatan seksual terhadap pelajar berkenaan selain merakam kejadian menggunakan telefon bimbit.

Kejadian itu berlaku beberapa kali termasuk di kediaman suspek. Bagaimanapun perbuatan itu terbongkar Isnin lalu selepas pihak keluarga dan sekolah mengetahui mengenainya, termasuk menemui video yang dirakam.

Susulan penemuan tersebut, pelajar berkenaan bersama pihak sekolah dikatakan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber lagi, polis kemudiannya menahan guru wanita terbabit di sekitar Bandar Kinrara kira-kira jam 10.30 malam pada Isnin.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Setakat laporan awal diterbitkan, butiran lanjut termasuk hasil siasatan dan status reman suspek masih belum diperincikan secara rasmi oleh pihak polis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Hubungan Guru Wanita & Pelajar Lelaki Terbongkar Selepas Keluarga Temui Rakaman Video2026-08-28 14:33:23

Pelajar Sakit Jantung Ma*t Setelah Dipaksa Sertai Acara Sukan, Guru Terlibat Ditukar Sementara Tunggu Siasatan

The post Hubungan Guru Wanita & Pelajar Lelaki Terbongkar Selepas Keluarga Temui Rakaman Video first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved