Wanita Minta 'Edit' Gambar Berdiri Tegak & Pandang Depan, Hasilnya Pula Lain Macam

TechnologyLifestyle
29 Jul 2026 • 12:39 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Wanita Minta 'Edit' Gambar Berdiri Tegak & Pandang Depan, Hasilnya Pula Lain Macam

Wanita Minta 'Edit' Gambar Berdiri Tegak & Pandang Depan, Hasilnya Pula Lain Macam

Perkembangan teknologi penyuntingan gambar hari ini membolehkan pelbagai perubahan dilakukan hanya dengan beberapa klik.

Daripada memperbaiki pencahayaan sehinggalah mengubah penampilan seseorang, semuanya kini boleh dilakukan dengan mudah menerusi pelbagai aplikasi yang tersedia.

Disebabkan itu, ramai pengguna media sosial gemar berkongsi gambar yang telah disunting sama ada untuk tujuan hiburan, kreativiti mahupun sekadar memenuhi kehendak peribadi.

Tidak kurang juga yang mendapatkan bantuan individu lain yang mempunyai kemahiran menyunting gambar bagi menghasilkan hasil yang lebih menarik.

Namun begitu, tidak semua hasil suntingan berakhir seperti yang diharapkan.

Ada kalanya kreativiti tukang edit menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi lucu dan menghiburkan dalam kalangan warga maya.

Nak Berdiri Tegak, Pandang Depan

Dengan kecanggihan aplikasi terkini dalam penyuntingan gambar dan video, pemilik kepada akaun Threads @hai.lola telah memuat naik sekeping gambar di platform berkenaan.

Dalam hantaran tersebut, dia meminta bantuan orang ramai untuk menyunting gambarnya supaya berdiri tengah dan memandang hadapan.

"Dengar cerita warga thread ramai yang kreatif. Boleh tak editkan gambar saya ni berdiri tegak sambil pandang depan"

Image from: Wanita Minta 'Edit' Gambar Berdiri Tegak & Pandang Depan, Hasilnya Pula Lain Macam

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, warga maya ternyata tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing.

Minta tolong editkan gambar, sekali macam-macam pula yang keluar

Apa yang mencuit hati, penyunting gambar tersebut ternyata cukup kreatif dalam menyuntik elemen humor ke dalam setiap hasil suntingan yang dihasilkan.

Hasilnya bukan sahaja unik, malah berjaya mencuri perhatian ramai di media sosial. Melihat kepada hasil suntingan yang dikongsikan, memang tidak kering gusi dibuatnya.

Baca juga:

Setiap satu paparan membawa idea tersendiri yang tidak disangka-sangka, sekali gus membuatkan netizen terhibur dengan kreativiti luar kotak yang ditunjukkan

Malah, ada hasil suntingan yang benar-benar di luar jangkaan dan mampu mencetuskan gelak tawa.

Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk tatapan anda di bawah.

Image from: Wanita Minta 'Edit' Gambar Berdiri Tegak & Pandang Depan, Hasilnya Pula Lain Macam
Image from: Wanita Minta 'Edit' Gambar Berdiri Tegak & Pandang Depan, Hasilnya Pula Lain Macam
Image from: Wanita Minta 'Edit' Gambar Berdiri Tegak & Pandang Depan, Hasilnya Pula Lain Macam
Image from: Wanita Minta 'Edit' Gambar Berdiri Tegak & Pandang Depan, Hasilnya Pula Lain Macam
Image from: Wanita Minta 'Edit' Gambar Berdiri Tegak & Pandang Depan, Hasilnya Pula Lain Macam
Image from: Wanita Minta 'Edit' Gambar Berdiri Tegak & Pandang Depan, Hasilnya Pula Lain Macam
Image from: Wanita Minta 'Edit' Gambar Berdiri Tegak & Pandang Depan, Hasilnya Pula Lain Macam

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved