Wanita Minta Ibu Bapa Pantau Anak-anak Selepas 2 Budak Lelaki Didakwa Cuba Curi Kad Hadiah Roblox Di Kedai Serbaneka

LocalGaming
14 Oct 2026 • 10:37 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Teknologi yang semakin maju turut mengubah gaya hidup generasi baharu contohnya ramai kanak-kanak di masa kini lebih memilih untuk luangkan masa bermain dengan telefon pintar.

Malah pelbagai jenis game online yang menjadi pilihan mereka antaranya adalah Roblox.

2 kanak-kanak lelaki didakwa cuba curi kad Roblox di kedai serbaneka

Namun baru-baru ini kecoh di media sosial perkongsian seorang wanita mengenai tindakan dua beradik yang didakwa cuba mencuri kad hadiah Roblox yang dijual di sebuah kedai serbaneka.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh Puteri Nabella, dia telah meminta ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak mereka selepas mendakwa dua orang kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun mencuri kad Roblox berharga RM125 setiap satu sebanyak enam keping.

Pengurus tak ambil tindakan hanya tegur perbuatan salah

Menurut Puteri, disebabkan mereka adalah kanak-kanak pengurus kedai serbaneka itu tidak mengambil sebarang tindakan. Namun Puteri turut menasihati mereka mengenai perbuatan yang dilakukan itu adalah salah.

“Sebabkan mereka budak manager bagi lepas selepas kena nasihat dengan saya sampai menangis budak tu tapi jangan lah hari ini kita bagi lepas esok lusa dah besar jadi lagi teruk.

“Kalau perangai masih tak ubah dengan kami, mereka lepas takut nanti dekat tempat lain polis yang dipanggil malu awak (ibu bapa) semua. Tolongan jaga anak korang, pantau mereka,” kata Puteri.

Turut tunjuk beberapa keping kad yang diambil

Dalam hantaran yang dikongsikan, Puteri turut menunjukkan beberapa keping kad Roblox yang dipercayai cuba dicuri oleh dua kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak itu turut dilihat berkunjung ke kedai tersebut memakai baju seperti baju tidur dan berseluar pendek.

Ujar Puteri lagi kad hadiah Roblox terbabit sememangnya perlu diimbas terlebih dahulu untuk pengaktifan sebelum ia dapat digunakan selepas ada yang bertanya di dalam komen.

Namun kata Puteri tindakan mereka itu tidak boleh dipandang remeh.

Cuba menipu sehingga hubungi kakak barulah mengaku

Dia turut mendakwa dua kanak-kanak itu awalnya cuba menipu. Namun apabila Puteri menghubungi kakak mereka, dua budak berkenaan kemudiannya mengaku kesalahan dibuat sampai menangis.

“Mula menipu cakap lain lepas tu bila gertak pangil polis siap pakej saya hubungi ayahnya tapi ayah tak jawab. Akhirnya, kakak dia jawab baru dia mengaku sampai menangis.

“Kenapa lepaskan? Sebab kad tu tak scan, tak ada guna diambil tetapi jumlah besar tu, yang mereka tahu kad Roblox je.

“Kalau tak ditegur dan dimarah, sampai ke besar jadi lebih teruk. Belum campur dengan makanan yang akan jadi darah daging mereka,” ujarnya lagi.

View on Threads

Ramai sokong tegur kanak-kanak, ada yang pernah berdepan situasi sama

Melihat di ruangan komen, ada juga yang berkongsi pernah berdepan dengan situasi sama apabila ada kanak-kanak cuba mencuri di kedai mereka bekerja.

Ada juga memberi pendapat sekiranya perkara seperti itu berlaku lagi, Puteri patut menghubungi polis agar kanak-kanak terlibat mendapat pengajaran atas perbuatan dilakukan.

Tidak kurang ada yang menyokong tindakan Puteri menegur kesalahan dibuat oleh kanak-kanak terbabit tanpa melibatkan pihak berkuasa.

“Elok lah dik marahkan, dekat luar pun berani. dekat sekolah tak tahu lah macam mana pula buat kawan-kawan”

Image from: Wanita Minta Ibu Bapa Pantau Anak-anak Selepas 2 Budak Lelaki Didakwa Cuba Curi Kad Hadiah Roblox Di Kedai Serbaneka

“Kesian pada kanak-kanak ini sebenarnya. Disebabkan tiada pemantauan dari rumah game semua ini, penggunaan gadjet. Disebabkan ibu bapa, kanak-kanak jadi begini”

Image from: Wanita Minta Ibu Bapa Pantau Anak-anak Selepas 2 Budak Lelaki Didakwa Cuba Curi Kad Hadiah Roblox Di Kedai Serbaneka

“Punyalah berani budak-budak ni macam dah biasa mencuri”

Image from: Wanita Minta Ibu Bapa Pantau Anak-anak Selepas 2 Budak Lelaki Didakwa Cuba Curi Kad Hadiah Roblox Di Kedai Serbaneka

“Aku penah tahan budak tahun 4, buka keropok makan lepas tu selit dekat rak, koyakkan Cadburry ambil separuh, masukkan jajan dalam beg pastu nak keluar kedai aku tahan dia check beg, dia maki-maki aku sekali kantoi, bawa pergi stor aku suruh dia cuci tandas..”

Image from: Wanita Minta Ibu Bapa Pantau Anak-anak Selepas 2 Budak Lelaki Didakwa Cuba Curi Kad Hadiah Roblox Di Kedai Serbaneka
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved