Wanita penggal kepala ibu mentua selepas bertengkar

5 Aug 2026 • 9:18 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wanita penggal kepala ibu mentua selepas bertengkar

PHUKET: Seorang wanita ditahan selepas didakwa memenggal kepala ibu mentuanya menggunakan pisau dapur susulan pertengkaran di kediaman di mereka di Phuket minggu lalu.

Polis menerima laporan mengenai kejadian sekitar pukul 9.25 pagi pada 1 Ogos lalu, selepas jiran memaklumkan berlaku pembunuhan di sebuah rumah di Chalong, daerah Mueang.

Mangsa, Chantra, 74, ditemukan meninggal dunia di dalam rumah. Suspek yang dikenal pasti sebagai Sri, 36, ditemui di bilik mandi selepas ditahan oleh jiran sebelum polis tiba.

Polis percaya kedua-dua wanita itu bertengkar ketika berada di rumah sebelum suspek didakwa mengambil pisau dapur dan memenggal kepala ibu mentuanya.

Suspek ditahan di tempat kejadian dan dibawa ke Balai Polis Chalong untuk siasatan lanjut sebelum didakwa atas kesalahan membunuh. Mayat Chantra dihantar ke Hospital Vachira Phuket untuk bedah siasat.

Polis berkata suami suspek, yang juga anak mangsa, keluar bekerja tidak lama sebelum kejadian, menyebabkan kedua-dua wanita berkenaan tinggal berdua di rumah.

Lelaki itu memberitahu penyiasat dia dan Sri tinggal bersama selama lebih sedekad, manakala isterinya turut menjaga ibu mentuanya dengan membantu menguruskan keperluan harian wanita berkenaan.

Beliau turut memaklumkan Sri menerima rawatan bagi masalah psikiatri sejak 2016.

Polis berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan setakat ini belum menentukan punca yang mencetuskan serangan berkenaan.

The post Wanita penggal kepala ibu mentua selepas bertengkar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved