Pasangan suami isteri dilapor hilang akhirnya serah diri

6 Aug 2026 • 8:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pasangan suami isteri dilapor hilang akhirnya serah diri

JITRA – Sepasang suami isteri yang dilaporkan hilang bersama anak lelaki mereka sejak 20 Julai lalu akhirnya tampil menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, lelaki dan wanita berusia 39 serta 36 tahun itu hadir di IPD Kubang Pasu kira-kira pukul 1.50 pagi.

“Pasangan suami isteri itu akan dibawa ke Mahkamah Jitra pada pagi ini untuk proses reman,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan tiga sekeluarga dari Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam selepas dilaporkan hilang sejak 20 Julai lalu.

Laporan kehilangan membabitkan pasangan suami isteri serta anak mereka berusia 9 tahun dibuat oleh bapa kepada wanita itu yang berusia 62 tahun.

Ahli keluarga memaklumkan kali terakhir mereka dapat menghubungi ketiga-tiga individu berkenaan adalah pada 20 Julai sebelum mereka gagal dihubungi.

Siasatan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan tersebut mendapati tiga beranak itu pulang ke rumah dengan sebuah kenderaan pada pukul 1.12 pagi Isnin lalu sebelum keluar semula kira-kira sejam lapan minit kemudian.

Dalam perkembangan sama, polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan kehilangan tiga beranak itu mempunyai kaitan dengan hutang permainan kutu susulan satu laporan polis diterima daripada seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25,000. – KOSMO! ONLINE

 

The post Pasangan suami isteri dilapor hilang akhirnya serah diri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved