Wanita Persoal Kenapa Di Kedah Tiada Tempat Menarik Raih Pelbagai Reaksi [Video]

LocalTravel
29 Apr 2025 • 3:57 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kedah merupakan salah satu negeri di utara Malaysia yang terkenal dengan kekayaan warisan budaya, landskap yang menakjubkan dan mercu tanda bersejarah.

Sebut sahaja pasal Kedah, pasti ramai yang mengetahui bahawa negeri itu memainkan peranan penting dalam sektor pertanian negara sehingga digelar Jelapang Padi Malaysia.

Jika bercuti ke Kedah, antara perkara yang menjadi tumpuan pelancong semestinya keindahan alam semula jadinya seperti Gunung Jerai dan Pulau Langkawi.

Wanita persoal kenapa di Kedah tiada apa-apa menarik

Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang influencer wanita mempersoal mengapa negeri Kedah tidak mempunyai apa-apa yang menarik.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @scholarrzz, wanita itu berkata dia sudah berada di Kedah selama dua hari tanpa melakukan apa-apa.

Menurutnya, dia berada di sana untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan dan mengambil kesempatan itu untuk bersiar-siar di sana, namun tidak menemui apa-apa yang menarik perhatiannya.

Orang Kedah sendiri saran pelancong pergi Pulau Pinang

Dakwa wanita itu lagi, rakannya yang dipercayai berasal dari Kedah juga menyarankan dia untuk berjalan-jalan di Pulau Pinang berbanding negeri itu.

“Korang, dekat Kedah ini memang tiada apa-apa ke? Sebab saya tanya kawan saya, dekat Kedah ini nak pergi mana, kemudian dia suruh pergi Pulau Pinang.

“Cuma sekarang ini kitorang pergi Pekan Rabu dan kitorang beli makanan, saya beli shawarma benda yang boleh dapat dekat KL (Kuala Lumpur),” katanya.

Susulan itu, dia meminta para pengguna TikTok yang melihat videonya untuk memberi cadangan tempat-tempat menarik yang ada di kedah sebelum dia berangkat pulang.

@scholarrzz

Tolong share tempat best best pleaseee i sanggup datang Kedah balik next week 😭😭 #f #fyp #fy #fypage #fypmalaysia🇲🇾 #fypmalaysia

♬ original sound – Cha Loud 🍉 – Cha Loud 🍉

Memetik laman Kedah Tourism, terdapat banyak aktiviti yang dapat dilakukan di negeri itu antaranya berkunjung ke Menara Alor Setar, berjalan-jalan di Jambatan Sungai Sedim, pantai dan pulau di Yan atau melakukan aktiviti outdoor di Sungai Rambai Forest Eco Park dan banyak lagi.

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang bersetuju Kedah memang tiada apa-apa

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video tersebut.

Ada yang mendakwa bahawa di Kedah sememangnya tiada apa-apa yang menarik seperti negeri-negeri lain.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang dipercayai menetap di Kedah menyatakan terdapat banyak tempat-tempat menarik yang ada di negeri itu.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available