Dua suspek ditangkap, curi wang tunai, barang kemas bernilai RM200,000

14 Aug 2026 • 8:33 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua suspek ditangkap, curi wang tunai, barang kemas bernilai RM200,000

KAMPAR – Dua suspek masing-masing seorang lelaki warga Indonesia berumur 35 tahun dan seorang wanita tempatan, 40, ditahan di sebuah rumah di Brinchang, Pahang bagi membantu siasatan berhubung kes pecah rumah yang berlaku di daerah ini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kedua-dua suspek tersebut ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah ketika mangsa keluar bekerja.

“Setelah pulang ke rumah, mangsa mendapati rumah dalam keadaan berselerak. Sebuah peti simpanan yang mengandungi wang tunai dan barang kemas bernilai lebih kurang RM200,000 telah hilang.

“Ekoran kejadian tersebut, bertindak atas maklumat, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar telah menahan seorang lelaki warga Indonesia berumur 35 tahun bersama seorang wanita tempatan berumur 40 tahun di sebuah rumah di Brinchang, Pahang,” katanya di sini semalam.

Katanya, dalam serbuan tersebut, polis telah merampas pelbagai jenis barang kemas kerana mempunyai kaitan kes pecah rumah di Kampar tersebut.

“Permohonan reman telah dibuat di mahkamah terhadap kedua-dua tangkapan.

“Majistret telah membenarkan reman selama lima hari sehingga Isnin depan bagi polis menjalankan siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Dua suspek ditangkap, curi wang tunai, barang kemas bernilai RM200,000 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved