Wanita Soal Apa Lelaki Akan Buat Jika Isteri Dah Tak ‘Attractive’? Jawapan Para Suami Buat Ramai Sejuk Hati

Family & ParentingLifestyle
25 Jul 2025 • 10:48 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dalam perkahwinan pastinya kedua-dua pasangan ingin ia berkekalan sehingga ke akhir hayat atau mungkin juga membawa ke syurga.

Namun tak dinafikan bahtera perkahwinan yang dilalui oleh semua orang tidak mudah dan menempuh pelbagai ujian.

Ada yang diuji dengan masalah kewangan, keluarga, anak, perasaan dan macam-macam lagi. Malah ada juga yang berlaku tidak jujur atau curang dengan pelbagai alasan.

Apa lelaki buat jika isteri tak lagi menarik?

Baru-baru ini seorang pengguna Threads, Intan Mohd telah memuat naik satu pertanyaan kepada para suami, apakah perkara yang akan dilakukan jika isteri tidak lagi menarik?

Namun jawapan yang diberikan oleh kebanyakan para lelaki yang dipercayai juga berstatus suami meraih perhatian ramai.

“Lelaki yang dah berkahwin: Apa yang korang buat bila isteri korang tak lagi attractive (menarik) bagi korang?” soalnya.

Ramai para suami berikan komen positif

Di ruangan balas kelihatan ramai yang memberikan respon positif mengenai soalan berkenaan seperti memaklumkan isteri mereka akan sentiasa kelihatan menarik dan cantik dengan cara tersendiri.

Malah ada para suami mengatakan mereka juga akan menjadi tidak menarik agar sama seperti isteri agar ianya seimbang.

Tidak kurang juga mengatakan dia akan sentiasa membuat isteri kelihatan menarik kembali dengan memberikan segala yang boleh termasuklah doa.

Jadi attractive bersama-sama

Selain itu, ada kaum lelaki mengakui isteri mereka sentiasa membuatkan mereka jatuh cinta dengan keperibadian mereka serta banyak lagi faktor.

Bahkan terdapat pengguna Threads yang mengatakan sebagai suami, dia bersama-sama mencantikkan diri dengan isteri seperti mendapatkan rawatan muka, bersenam, serta melakukan kerja rumah bersama-sama.

Bukan hanya itu ada juga para lelaki yang berkata, suami perlu sentiasa bersyukur. Meskipun ada perubahan isteri, dek kerana pengorbanan yang dilakukannya malah mereka sentiasa di sisi dalam susah dan senang.

Ramai sejuk hati melihat komen positif para suami

Setiap balasan positif daripada para lelaki secara tidak langsung membuatkan segelintir pengguna sejuk hati melihatnya.

Malah ada yang mengatakan membaca komen positif tersebut membuatkan individu yang bakal berumah tangga berasa yakin untuk melalui alam perkahwinan.

“Suami yang komen positif, semoga saya dapat rasa kasih sayang seperti ini”

image is not available

“Tak pernah berlaku pada saya. Dia sentiasa buat saya jatuh cinta setiap hari dalam pelbagai cara”

image is not available

“Untuk saya attractive adalah subjektif. Isteri sering bertanya soalan itu, jawapan aku simple. Macam mana aku ‘terima’ kau pertama kali macam tulah sampai hujung nanti”

image is not available

“Jangan tengok perempuan lain. Malah dalam media sosial dan termasuk porno. Insya-Allah jika kita berhenti mendambakan perempuan lain, maka isteri kitalah yang paling cantik..”

image is not available

“Pergh respect dekat lelaki yang komen ni. Semoga korang dimurahkan rezeki dan bahagian dengan pasangan masing-masing”

image is not available

“Baca komen dalam ni buat saya kurang sikit rasa takut nak kawen, sebagai saya yang tengah menghitung hari ke alam perkahwinan. Banyak benda buat saya overthingking”

image is not available

BACA ARTIKEL BERKAITAN: