Wanita tempatan disyaki dirogol lelaki warga Bangladesh di pusat beli-belah

12 Oct 2026 • 1:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita tempatan disyaki dirogol lelaki warga Bangladesh di pusat beli-belah
Pihak polis sedang berusaha menjejaki suspek. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang wanita tempatan disyaki dirogol seorang lelaki warga asing di satu kawasan di pusat beli-belah, di sini pada Sabtu lalu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 malam, ketika wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu sedang melakukan hubungan intim bersama teman lelakinya.

Pada masa sama suspek yang dipercayai warga Bangladesh, dilaporkan merakam hubungan intim pasangan terbabit sebelum mengugut akan menyebarkan rakaman itu sekiranya mangsa enggan menuruti arahan.

Suspek kemudian mengarahkan teman lelaki mangsa beredar sebelum merogol mangsa di kawasan berkenaan.

Mangsa dipercayai tidak langsung mengenali dan tidak pernah melihat suspek.

Difahamkan, pihak polis sedang berusaha menjejaki suspek.

Pada masa ini, pihak media sedang berusaha mendapatkan pengesahan dan maklum balas polis mengenai kejadian ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved