Lelaki dihanyutkan arus deras di Sungai Chuah

12 Oct 2026 • 11:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki dihanyutkan arus deras di Sungai Chuah
Operasi SAR seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an yang dilaporkan hanyut di Sungai Chuah, Kajang petang semalam ditangguhkan pada petang Isnin. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an yang dilaporkan hanyut di Sungai Chuah, Kajang petang semalam ditangguhkan pada jam 4.30 petang Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, operasi SAR yang ditangguhkan akibat hujan lebat itu akan disambung esok.

Beliau berkata, usaha pencarian dijalankan sejak semalam menggunakan kayak dan bot, selain pencarian di sepanjang tebing sungai.

"Unit anjing pengesan K9 bomba dan anggota Polis Diraja Malaysia turut terlibat dalam usaha mengesan mangsa di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 5.23 petang semalam berhubung seorang lelaki warga tempatan yang dilaporkan hanyut di sungai berkenaan sebelum hilang daripada pandangan.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang tiba di lokasi pada jam 5.29 petang, kira-kira empat kilometer dari balai berkenaan, sebelum operasi pencarian diperluas dengan bantuan BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang. - Bernama
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved