Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila berada dalam keadaan terdesak atau kecemasan, seseorang itu boleh bertindak di luar batas dengan meminta bantuan dari individu yang tak dikenali.
Mungkin bantuan yang diberikan nampak kecil namun bagi mereka yang memerlukan, ia dianggap sebagai satu perkara yang bermakna.
Wanita Bawa 2 Anak Teman Ibu Cuci Luka Di Klinik Kesihatan
Semalam (4 Ogos), tular di media sosial perkongsian seorang wanita mengenai kebaikan pengawal keselamatan di Klinik Kesihatan, Tapah, Perak yang membantu mengawasi anak lelakinya yang tidur dalam kereta ketika dia keluar pergi ke tandas.
Kongsi wanita yang dikenali sebagai Aina di Threads @nina_niniainaa, dia bersama adiknya telah datang ke klinik kesihatan berkenaan bagi membawa ibu mereka untuk mencuci luka.
Pada waktu itu, anak lelaki Aina yang dikenali sebagai Aariz dan berusia lima tahun tertidur dalam kereta manakala adik perempuan Aina menemani ibu mereka masuk ke dalam klinik berkenaan.
Wanita Tak Sangka Pak Guard Tunggu Depan Kereta Tolong Awasi Anak
Kongsi Aina kepada BuzzKini, sewaktu menunggu ibu dan adiknya, dia terpaksa ke tandas bersama seorang lagi anaknya yang berusia dua tahun.
Dek kerana berada dalam keadaan ‘kecemasan’, Aina terus meminta bantuan pengawal keselamatan yang pada ketika itu duduk di hadapan pintu klinik untuk melihat anak lelakinya yang sedang tidur di dalam kereta.
Namun selepas 15 minit, Aina tidak menyangka pak guard tersebut sanggup berdiri dan masih menunggu di hadapan kereta semata-mata mahu mengawasi anak lelakinya itu.
Wanita Turut Berkongsi Rakaman Dashcam Papar Perbuatan Baik Pak Guard
Menerusi hantaran yang dikongsikan, Aina turut memuat naik rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan gerak geri pengawal keselamatan terbabit yang sesekali melihat ke dalam kereta sambil mengawasi keadaan sekeliling.
Pada masa sama, Aina turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengawal keselamatan berkenaan atas keprihatinan dan keikhlasannya dalam menghulurkan bantuan.
“Terima kasih kepada pengawal keselamatan di Klinik Kesihatan Jalan Damai, Tapah.
“Semalam (3 Ogos) masa saya bawa emak cuci luka, Aariz tertidur dalam kereta. Saya terpaksa ke tandas sekejap, jadi saya minta tolong pengawal keselamatan tengokkan anak saya.
“Ingatkan hanya perhatikan dari jauh, rupanya sanggup berdiri di depan kereta sehingga saya kembali. Terima kasih atas keprihatinan dan kebaikan pengawal keselamatan.
“Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan mempermudahkan segala urusan,” katanya.
View on Threads
Warganet Puji Kebaikan & Keprihatinan Pengawal Keselamatan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 106,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji pengawal keselamatan berkenaan atas kebaikan dan keikhlasannya dalam memberi bantuan.
Malah, majoriti daripada mereka turut mendoakan kebaikan buat pengawal keselamatan berkenaan atas perbuatan murninya itu.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Sukanya Tengok Macam Ini, Semoga Dimudahkan Urusan Dia (Pengawal Keselamatan) Kerana Tolong Mudahkan Urusan Awak”
![Image from: Wanita Terharu Pak Guard Klinik Kesihatan Gigih Berdiri Depan Kereta, Tolong ‘Jaga’ Anak Sedang Tidur [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/pak-guard-bantu-tolong-tengok-anak-tidur-dalam-kereta_netizen_4.jpg)
“Macam Ini Yang Perlu Diviralkan, Tahniah”
![Image from: Wanita Terharu Pak Guard Klinik Kesihatan Gigih Berdiri Depan Kereta, Tolong ‘Jaga’ Anak Sedang Tidur [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/pak-guard-bantu-tolong-tengok-anak-tidur-dalam-kereta_netizen_1.jpg)
“Rasa Sebak Pula Tengok Hantaran Ini, Ada Juga Yang Faham Struggle Seorang Ibu Urus 2 Anak Dalam Satu Masa”
![Image from: Wanita Terharu Pak Guard Klinik Kesihatan Gigih Berdiri Depan Kereta, Tolong ‘Jaga’ Anak Sedang Tidur [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/pak-guard-bantu-tolong-tengok-anak-tidur-dalam-kereta_netizen_3.jpg)
“Tahniah! Anda Mempunyai EQ Yang Tinggi, Bertanggungjawab. Semoga Pengawal Keselamatan Dimurahkan Rezeki, Diberikan Kesihatan Yang Baik”
![Image from: Wanita Terharu Pak Guard Klinik Kesihatan Gigih Berdiri Depan Kereta, Tolong ‘Jaga’ Anak Sedang Tidur [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/pak-guard-bantu-tolong-tengok-anak-tidur-dalam-kereta_netizen_5.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Pak Guard Berhati Mulia, Suapkan Makanan Pada Warga Emas Yang Bersendirian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Berkat Buat Baik, ‘Aunty Guard Viral’ Dapat Pingat Pangkuan Negara Dari YDPA




