Wanita Tiba-Tiba Tercekik Makanan, Jururawat “Off Duty” Jadi Penyelamat

Health & Fitness
13 May 2026 • 11:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Wanita Tiba-Tiba Tercekik Makanan, Jururawat “Off Duty” Jadi Penyelamat

Suasana tenang di dalam sebuah kafe di Pantai Hospital Ipoh bertukar cemas apabila seorang wanita tiba-tiba tercekik makanan dan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah tindakan pantas seorang jururawat yang ketika itu sedang off duty membantu wanita terbabit.

Menerusi perkongsian @pantai_ipoh di Instagram, jururawat yang dikenali sebagai Siti Maisyura baru sahaja menamatkan syif malamnya dan sedang menunggu temu janji susulan anaknya berhampiran sebuah kafe di hospital itu.

Image from: Wanita Tiba-Tiba Tercekik Makanan, Jururawat “Off Duty” Jadi Penyelamat

Bagaimanapun, suasana di kawasan itu bertukar panik apabila mangsa tiba-tiba tercekik.

Segera bantu wanita tercekik walaupun off duty

Maisyura yang ketika itu sedang duduk di kerusi tanpa berlengah tampil membantu wanita itu.

Image from: Wanita Tiba-Tiba Tercekik Makanan, Jururawat “Off Duty” Jadi Penyelamat

"Ahli keluarga mangsa yang ketakutan mula meminta bantuan dan setiap saat menjadi sangat kritikal.

"Bersandarkan latihan, keberanian dan naluri untuk menyelamatkan nyawa, beliau dengan tenang melakukan kaedah Heimlich," kata hospital itu.

Beberapa saat kemudian, objek yang menyekat saluran pernafasan berjaya dikeluarkan dan wanita itu dapat bernafas semula.

"Dalam detik mencemaskan itu, Maisyura bukan sekadar seorang jururawat, beliau adalah penyelamat," ujar hospital itu lagi.

Hospital itu juga berkata tindakan luar biasa Maisyura mencerminkan tema Hari Jururawat Antarabangsa 2026 iaitu "Our Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Live".

Pengguna media sosial turut memuji tindakan jururawat itu dan mendoakan yang terbaik untuknya.

"Dia tinggal barang-barang dalam beg dia demi menyelamatkan nyawa yang berharga"

"Semoga jururawat ini dipermudah segala urusan-urusan beliau di dunia dan akhirat"

"Tahniah sebab jadi orang baik.. semoga menjadi asbab pahala buat kamu"

View Original Article