Nyawa Diutamakan! Jururawat ‘Off Duty’ Pantas Bertindak Selamatkan Wanita Tercekik Makanan

LocalHealth & Fitness
14 May 2026 • 9:43 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tindakan pantas seorang jururawat yang kebetulan berada di lokasi berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami sesak nafas akibat tercekik dalam kejadian di Pantai Hospital Ipoh pada 4 Mei lalu.

Menurut kenyataan dikongsikan pihak hospital, Jururawat Staf 2B, Siti Maisyura ketika itu baru sahaja selesai menjalani syif malam sebelum menunggu temu janji susulan anaknya berhampiran kawasan The Coffee Bean & Tea Leaf di hospital berkenaan.

Image from: Nyawa Diutamakan! Jururawat ‘Off Duty’ Pantas Bertindak Selamatkan Wanita Tercekik Makanan

Image from: Nyawa Diutamakan! Jururawat ‘Off Duty’ Pantas Bertindak Selamatkan Wanita Tercekik MakananWalaupun berada dalam keadaan berpakaian kasual dan secara rasmi tidak bertugas, beliau tetap tampil membantu selepas menyedari seorang wanita tiba-tiba tercekik serta mengalami kesukaran bernafas.

Situasi itu turut mencetuskan panik dalam kalangan ahli keluarga mangsa yang segera meminta pertolongan orang ramai.

Tanpa berlengah, Maisyura terus memberikan bantuan kecemasan dengan melakukan kaedah Heimlich berdasarkan latihan serta pengalamannya sebagai petugas kesihatan.

Image from: Nyawa Diutamakan! Jururawat ‘Off Duty’ Pantas Bertindak Selamatkan Wanita Tercekik Makanan

Tindakannya berjaya apabila halangan pada saluran pernafasan mangsa dapat dikeluarkan sebelum wanita terbabit kembali bernafas seperti biasa beberapa ketika kemudian.

Artikel lain: Hidupkan Jiwa Malaysia! Jururawat Melayu Suap Pesakit Warga Emas India Terima Penghargaan Menteri Kesihatan

Perkongsian mengenai tindakan jururawat berkenaan turut menerima pujian ramai yang menyifatkannya sebagai wira sebenar walaupun sedang berada di luar waktu bertugas.

Image from: Nyawa Diutamakan! Jururawat ‘Off Duty’ Pantas Bertindak Selamatkan Wanita Tercekik Makanan

Malah, tindakan itu juga dilihat bertepatan dengan tema Hari Jururawat Antarabangsa 2026 oleh International Council of Nurses iaitu “Jururawat Kita, Masa Depan Kita: Jururawat Berdaya Memperkasa Menyelamatkan Nyawa.”

Sumber: FB Pantai Hospital Ipoh

The post Nyawa Diutamakan! Jururawat ‘Off Duty’ Pantas Bertindak Selamatkan Wanita Tercekik Makanan appeared first on Borak Daily.