![Image from: Wanita Trauma Lepas Lelaki Tak Dikenali ‘Hulur’ Ular Dalam Kereta [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Lelaki-tunjuk-ular-masuk-dalam-kereta.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi kebanyakan orang, bergurau merupakan antara salah satu cara untuk menceriakan kehidupan seharian.
Namun perbuatan ini ada batasnya. Tidak semua benda boleh dijadikan gurauan lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perkara yang berbahaya atau melibatkan orang yang tak dikenali.
Lelaki Tidak Dikenali Hampiri Tingkap Kereta & Tunjuk Ular, Sekumpulan Wanita Jerit Ketakutan
Semalam (23 Jun), tular di media sosial tindakan seorang lelaki yang dipercayai cuba bergurau serta menakutkan dua orang wanita dengan seekor ular.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads @muhaameerjb, kelihatan lelaki berkenaan telah datang ke kereta bersama telefon di tangan.
Manakala tangannya yang sebelah lagi pula memegang seekor ular dipercayai jenis ular sawa.
Apa yang menjadi perhatian adalah tindakannya yang menghulur malah cuba memasukkan ular ke dalam kereta menerusi tingkap bahagian tempat duduk hadapan depan mengundang rasa takut kedua-dua wanita berkenaan.
Menerusi video yang dikongsikan, kedengaran kedua-dua wanita itu menjerit ketakutan malah salah seorang daripadanya yang duduk pada bahagian belakang terus keluar daripada kenderaan terbabit.
Wanita Dakwa Buka Tingkap Kerana Mahu Rakam Maskot Berhampiran
Dakwa salah seorang wanita berkenaan di Threads @lysaahairee, pada asalnya mereka membuka tingkap kerana mahu merakam maskot yang berada di kawasan berhampiran.
Kongsinya, dia yang berada di tempat duduk pemandu terpaksa mengeluarkan kaki dalam keadaan kereta berada pada gear N dek kerana panik dan mahu lari dari haiwan berkenaan.
“Saya dengan kawan dan adik saya keluar ambil angin malam. Datanglah abang ni hulur ular dalam kereta melalui tingkap since tingkap depan tu memang dah buka.
“Mula-mula ingatkan bergurau lepas tu dia makin tolak ular tu dalam kereta. Kawan saya (yang record) ni kononnya nak record maskot, dapat record kejadian ni. Kawan saya terus keluar sebab dia memang tak boleh dengan ular.
“Saya pula memang tak tukar gear D ke N sebab nak berhenti sekejap je so tekan break je. Lepas tu abang ni makin tolak ular tu ke arah saya walaupun saya cakap jangan.
“Saya okay dengan ular tapi kalau dalam kereta, ular tu macam-macam boleh jadi so memang saya geram, bila saya cakap ‘jangan’ dia still tolak ular tu sampai saya buka pintu and angkat kaki saya yang sebelah nak lari dari keadaan tu dan saya lupa saya tak tukar (gear) N lagi. Kereta bergerak ke depan and sebelah kaki saya kat luar kereta,” jelasnya.
View on Threads
Wanita & Rakan Trauma Lepas Kejadian, Dakwa Lelaki Langsung Tak Minta Maaf
Kongsi wanita itu lagi, dia dan rakannya trauma malah menangis teresak-esak selepas kejadian berkenaan.
Malah dakwanya, lelaki itu langsung tidak memohon maaf dan dipercayai terus membuat siaran langsung di media sosial.
“So at last saya jerit dekat abang tu sebab memang dah panik. Teresak-esak menangis sebab trauma sangat jadi macam ni. Abang tu langsung tak mintak maaf and dia siap buat live Bigo lagi and tunjuk muka saya tanpa kebenaran.
“Tolonglah jangan adakan budaya macam ni. Respect orang lain juga. Benda ni boleh buat orang trauma sangat-sangat,” katanya.
View on Threads
View on Threads
Wanita & Rakan Demam Lepas Kejadian
Kongsi wanita itu kepada BuzzKini, dia dan rakannya kini demam dipercayai terkejut akibat kejadian berkenaan.
Difahamkan, insiden terbabit berlaku kira-kira jam 10 hingga 11 malam di Bangunan Stadthuys, Melaka pada 22 Jun lalu.
MBMB Kesan Lelaki Tular Hulur Ular Kepada Wanita, Tak Pernah Lulus Permit Bawa Haiwan
Dalam satu lagi perkembangan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sedang mengesan lelaki terbabit yang tular didakwa menghulur ular kepada wanita.
Menurut Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman, pihaknya memandang serius insiden berkenaan dan sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti lelaki berkenaan.
Jelas beliau, MBMB tidak pernah meluluskan permit atau lesen terhadap mana-mana seniman jalanan yang membawa haiwan atas faktor keselamatan dan kebersihan.
“Kita sedang mengesan individu terbabit dan jika dikenal pasti, tindakan kompaun akan dikenakan. Kita juga sedang menyiasat sama ada dia merupakan individu yang pernah mengemukakan permohonan lesen kepada MBMB sebelum ini,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Terang Shadan lagi, MBMB juga sememangnya tidak membenarkan aktiviti seniman jalanan yang melibatkan haiwan meskipun haiwan itu berbisa atau tidak.
Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Halim Abas menjelaskan pihaknya masih belum menerima laporan berhubung insiden berkenaan.
Ramai Geram & Pernah Dedah Pernah Jadi Mangsa
Perkongsian yang telah mendapat lebih 437,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang geram dengan tindakan lelaki berkenaan yang menghulur ular ke dalam kereta dan menyifatkan ia adalah satu perbuatan yang berbahaya serta boleh mendatangkan trauma.
Malah, ada warganet yang meminta wanita terbabit untuk membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
Tidak hanya itu, rupanya ramai yang pernah menjadi mangsa lelaki berkenaan. Namun, ada segelintir mendakwa dia tidak bersikap sedemikian ketika bertemunya.
Ini komen pengguna Threads:
“Buat Report Polis Je, Cakap Je Dia Mengancam Keselamatan. Gila Apa Main Hulur-Hulur Ular Dekat Orang Macam Tu”
![Image from: Wanita Trauma Lepas Lelaki Tak Dikenali ‘Hulur’ Ular Dalam Kereta [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/lelaki-tunjuk-ular-ikut-tingkap_netizen_1-1.jpg)
“Kawasan Situ Memang Ada Pak Cik Ni Akan Tunjuk Ular Dekat Orang Wei, Sampai Kejar Semata-Mata Nak Takutkan Pun Ada”
![Image from: Wanita Trauma Lepas Lelaki Tak Dikenali ‘Hulur’ Ular Dalam Kereta [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/lelaki-tunjuk-ular-ikut-tingkap_netizen_2.jpg)
“Orang Sama Tak? Macam Sama Kan? Tapi Masa Ini Abang Ni Elok Beradab Je, Ular Dia Letak Dekat Anak Pun Sebab Anak Saya Tengok-Tengok”
![Image from: Wanita Trauma Lepas Lelaki Tak Dikenali ‘Hulur’ Ular Dalam Kereta [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/lelaki-tunjuk-ular-ikut-tingkap_netizen_3-1.jpg)
“Geram Betul Dengan Jenis Manusia Macam Ini, Saya Memang Takut Dengan Semua Binatang”
![Image from: Wanita Trauma Lepas Lelaki Tak Dikenali ‘Hulur’ Ular Dalam Kereta [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/lelaki-tunjuk-ular-ikut-tingkap_netizen_4.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Ular Melingkar Atas Bumbung, Gelagat Pemandu Selamba Bawa Kereta Raih Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Terkejut Ada ‘Housemate’ Baru, Hanya Sedar Selepas Lihat Kulit Ular Di Merata Rumah [Video]


![“Hanya Gurauan Bersama Netizen” – Lelaki Dakwa Tok Batin ‘Simpan’ Jaslinda Mohon Maaf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Lelaki-mohon-maaf-selepas-tular-dakwaan-tok-batin-simpan-jaslinda-1-800x467.jpg?t=1781073139)
