Wanita warga asing melecur disimbah cecair asid oleh kekasih

30 Oct 2026 • 12:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita warga asing melecur disimbah cecair asid oleh kekasih

PETALING JAYA – Seorang wanita warga asing berusia 20 tahun melecur selepas disimbah cecair dipercayai asid oleh teman lelakinya susulan perselisihan faham berkaitan hubungan mereka di PJS4, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10 pagi membabitkan mangsa dan suspek yang kedua-duanya merupakan warga asing.

“Mangsa dan suspek bukan pasangan suami isteri, sebaliknya mereka merupakan pasangan kekasih yang mempunyai masalah berkaitan putus hubungan.

“Suspek masih dikesan manakala mangsa kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat kecederaan melecur dipercayai terkena simbahan cecair dipercayai asid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, mangsa berusia 20 tahun dan bekerja di sebuah kedai makan, manakala maklumat mengenai umur serta pekerjaan suspek masih belum diperoleh.

Katanya, polis kini giat mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian.

“Siasatan turut dijalankan dengan merakam percakapan saksi-saksi kejadian. Jumlah individu yang sudah dirakam keterangan masih dalam siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post Wanita warga asing melecur disimbah cecair asid oleh kekasih appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved