Wanita warga emas rugi RM80,000 diperdaya sindiket ‘wang ghaib’

LocalBusiness & Finance
26 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Wanita warga emas rugi RM80,000 diperdaya sindiket ‘wang ghaib’

KUALA TERENGGANU, 26 SEPT: Seorang wanita warga emas kerugian RM80,000 selepas diperdaya sindiket mendapatkan ‘wang ghaib’ secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata tahun lepas, mangsa berusia 73 tahun telah melihat iklan mendapatkan wang ghaib dalam sebuah akaun Facebook.

Beliau berkata mangsa yang berminat telah menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp dan dimaklumkan bahawa wang ghaib itu boleh boleh digunakan untuk membaiki rumah, menjelaskan hutang dan sumbangan kepada anak-anak yatim.

"Suspek kemudian memaklumkan wang berkenaan telah dimasukkan ke akaun mangsa. Mangsa tetap percaya walaupun semakan mendapati tiada kemasukan wang seperti didakwa.

"Pada 24 Sept lepas, rakan suspek telah menghubungi mangsa dan memaklumkan wang tersebut berada dalam simpanannya. Untuk mendapatkan wang tersebut, mangsa perlu membuat bayaran RM50,000 sebagai denda kerana lewat mengambil wang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa kemudiannya menghubungi suspek untuk mendapatkan pengesahan, dan dimaklumkan bahawa dia perlu membuat bayaran “kompaun” tersebut memandangkan akaun banknya telah ditahan.

Beliau berkata mangsa yang percaya telah membuat 13 transaksi keseluruhan berjumlah RM80,000 ke satu akaun bank menggunakan wang simpanannya.

"Mangsa membuat laporan polis pada 4.17 petang semalam selepas gagal mendapatkan wang ghaib dijanjikan walaupun sudah membayar kompaun.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan taktik penipuan sindiket yang semakin pelbagai," katanya.

-- BERNAMA

TAG: polis, tipu, ghaib, facebook, rugi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved