Warden, pegawai penjara lepas, bebas tuduhan cedera tahanan

28 Aug 2026 • 1:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Warden, pegawai penjara lepas, bebas tuduhan cedera tahanan

JOHOR BAHRU: Dua warden penjara dan seorang pegawai penjara dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini daripada pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang tahanan, empat tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret A. Shaarmini selepas perbicaraan kes bermula, berikutan tindakan mangsa yang enggan meneruskan pendakwaan dan bertindak menarik balik laporan polis yang dibuatnya.

Pada 16 Mac lalu, ketiga-tiga tertuduh,
Mohamad Ridzuanuddin Nawawi, 33; Mohamad Tarmizi Mohd. Yusoff, 34, dan Ahmad Kamal Fitri Abdullah, 32, dihadapkan ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan tersebut.

Ketiga-tiga tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan prosiding perbicaraan mula berjalan sejak 20 Ogos lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh, Mohamad Ridzuanuddin juga warden penjara didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap A.K. Navindrahkumar, 30 di Blok A, Pusat Koreksional Johor Bahru, pada pukul 5.45 petang, 19 Julai 2022.

Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Tarmizi yang merupakan pegawai penjara dan Ahmad Kamal Fitri sebagai warden penjara didakwa secara bersama-sama melakukan kesalahan sama terhadap mangsa di lokasi sama, kira-kira pukul 4.30 petang pada tarikh sama.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Eizlan Azhar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Kamal Hisham Jaafar dan Nurainaa Kamilah Zalizan.-UTUSAN

The post Warden, pegawai penjara lepas, bebas tuduhan cedera tahanan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved