Pendawai elektrik terlepas hukuman penjara seumur hidup

27 Aug 2026 • 11:20 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pendawai elektrik terlepas hukuman penjara seumur hidup

IPOH: Seorang pendawai elektrik terlepas daripada hukuman penjara seumur setelah dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan menanam pokok ganja seberat 254.3 gram di sebuah rumah, tiga tahun lalu.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi memutuskan demikian terhadap Aszizi Ayub, 37, selepas pihak pendakwaan didapati gagal membuktikan kes prima facie.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah membenarkan tumbuhan jenis pokok kanabis seberat 253.4 gram ditanam dan dibiarkan tumbuh di dalam beg plastik hitam oleh individu lain.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Persiaran Wira Jaya Timur 36, Taman Dato Leow Yan Sip dalam daerah Kinta pada pukul 8.30 malam, 31 Julai 2023.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan boleh disebat tidak kurang daripada enam sebatan.

Terdahulu, mahkamah dalam penghakiman berkata, pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh setelah menilai keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa serta hujah daripada pihak pembelaan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. S. Pavitra manakala tertuduh diwakili peguam Keshvinder Singh, Sukhdave Singh dan Renver Singh.-UTUSAN

The post Pendawai elektrik terlepas hukuman penjara seumur hidup appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved