Warga asing boleh tubuh pertubuhan di Malaysia asal patuh syarat – RoS

LocalPolitics
1 Oct 2026 • 11:09 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Warga asing boleh tubuh pertubuhan di Malaysia asal patuh syarat – RoS

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memaklumkan bahawa tiada larangan mutlak terhadap warga asing untuk menubuhkan atau terbabit dalam aktiviti pertubuhan di negara ini.

Bagaimana pun, RoS menegaskan, mana-mana pertubuhan perlu mematuhi keperluan pendaftaran ditetapkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832].

“Tafsiran ‘pertubuhan’ mengikut Akta 832 membabitkan pertubuhan yang mempunyai keanggotaan tujuh orang atau lebih. Akta Pertubuhan 1966 tidak menetapkan larangan khusus yang menyatakan warga asing tidak boleh menubuhkan pertubuhan di Malaysia.

“Sebaliknya, penubuhan dan pengoperasian sesuatu pertubuhan perlu mematuhi Akta 832, peraturan berkaitan, perlembagaan pertubuhan serta apa-apa syarat atau ketetapan oleh pendaftar,” katanya ketika dihubungi.

Menurut RoS, warga asing yang mahu memegang jawatan dalam pertubuhan perlu mendapatkan kebenaran pendaftar terlebih dahulu, tertakluk kepada perlembagaan pertubuhan.

Mengulas mengenai sama ada pertubuhan warga asing boleh mengutip derma daripada orang ramai, RoS memaklumkan laporan kewangan termasuk sumber pendapatan dan penggunaan wang perlu dilaksanakan jika pertubuhan itu berdaftar.

“Ketetapan tersebut perlulah selaras dengan perlembagaan pertubuhan yang telah diluluskan oleh pendaftar, Akta 832 serta undang-undang lain berkaitan. Namun jika pertubuhan itu tidak berdaftar, ia boleh menjadi kesalahan yang menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 41(1)(b) Akta 832.

“Seksyen 46 Akta 832 memperuntukkan mana-mana orang mendapatkan atau cuba mendapatkan yuran atau bantuan bagi maksud pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan, pihak terbabit boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun atau didenda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Justeru itu, RoS menasihatkan orang ramai supaya mengesahkan status pendaftaran sesuatu pertubuhan terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang sumbangan atau bantuan kewangan.

The post Warga asing boleh tubuh pertubuhan di Malaysia asal patuh syarat – RoS appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved