Warga emas ditahan muat naik kenyataan provokasi, hasutan

7 May 2023 • 7:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan (Gambar kecil: Noorsiah)

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas ditahan kerana disyaki memuat naik tiga posting di Facebook yang bersifat provokasi dan berunsur hasutan serta boleh menggugat ketenteraman awam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, warga tempatan berusia 61 tahun itu ditahan di Kampung Hulu, Melaka pada Sabtu.

"Polis turut merampas dua telefon bimbit bagi membantu siasatan, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Noorsiah berkata, suspek direman tiga hari bermula Ahad hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

"Orang ramai dinasihatkan tidak menyalahguna media sosial dengan mengeluarkan kenyataan mengaibkan, mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci kepada agama, bangsa dan raja yang boleh membawa ketidakharmonian dan menjejaskan perpaduan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved