Warga emas ditemukan lemas di Sungai Melaka

6 Aug 2026 • 3:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga emas ditemukan lemas di Sungai Melaka
Mangsa berusia 70-an ditemukan pada 11.45 pagi oleh anggota bomba yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat. Gambar hiasan

MELAKA -  Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Melaka berhampiran sebuah hotel di Kota Laksamana di sini pada Khamis.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, mangsa berusia 70-an itu ditemukan pada 11.45 pagi oleh anggota bomba yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.

"Berdasarkan maklumat awal daripada pemanggil panggilan kecemasan, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Melaka pada 5.35 pagi tadi,”  katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Mohd Hafidzatullah berkata, sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan kekuatan 12 anggota digerakkan ke lokasi kejadian. 

Operasi dilaksanakan bersama-sama polis dengan bantuan kamera litar tertutup di kawasan terdekat. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved