Warga Emas Hilang Kereta Jatuh Sungai - Polis

3 Oct 2026 • 4:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Warga Emas Hilang Kereta Jatuh Sungai - Polis

SUNGAI PETANI, 3 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas dipercayai hilang selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa Mat Yusof Hashim, 77, dipercayai memandu kereta Proton Wira dari arah Jalan Kuala Ketil menuju Felda Teloi Timur.

"Pada awalnya, pemandu dipercayai tenggelam bersama-sama kenderaan namun setelah kereta dinaikkan ke darat menggunakan kren, mangsa didapati tiada di dalamnya.

"Pihak bomba masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa di kawasan sekitar sungai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:

Beliau berkata kereta terbabit rosak teruk terutama pada bahagian hadapan dan pintu di kedua-dua sisi sebelum dibawa ke Balai Trafik Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

"Kes masih dalam siasatan dan klasifikasi kes belum ditetapkan setakat ini," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved