Warga emas maut digilis lori sendiri dipercayai lupa tarik brek tangan

LocalCars
1 Sep 2026 • 10:36 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Warga emas maut digilis lori sendiri dipercayai lupa tarik brek tangan

Seorang pemandu warga emas maut akibat digilis lori dipandunya yang menggelongsor di hadapan sebuah kilang di Machap Baru, Alor Gajah.

ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas maut digilis lori yang dipandunya selepas kenderaan itu menggelongsor di hadapan sebuah kilang ayam di Taman Mawar, Machap Baru di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata dalam kejadian pada 12.50 tengah hari tadi, mangsa seorang warga tempatan berusia 72 tahun memberhentikan lori yang dipandunya di hadapan pintu utama kilang itu sebelum keluar daripada kenderaan berkenaan dan berjalan menuju ke pondok pengawal.

“Mangsa dipercayai terlupa menarik brek tangan yang menyebabkan lori itu menggelongsor sebelum melanggar dan menggilis mangsa.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved