Gambar Google Maps rakam lokasi lelaki maut diserang sekumpulan anjing

31 Aug 2026 • 2:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gambar Google Maps rakam lokasi lelaki maut diserang sekumpulan anjing

WASHINGTON: Seorang warga emas maut selepas diserang secara ganas oleh sekumpulan anjing di laluan jalan raya di Illinois, manakala carian imej menerusi Google Maps di lokasi kejadian mendedahkan pemandangan yang mengerikan.

Mangsa, James L. Gibson, 68, diserang oleh sekumpulan anjing ketika berada di jalan raya di Washington Park pada malam Khamis, menurut laporan Fox 2.

Mengikut laporan First Alert 4, Gibson mengalami kecederaan parah akibat gigitan pada bahagian muka, badan, tangan dan kaki.

Beliau diserang oleh sekurang-kurangnya lima ekor anjing semasa keluar berehat untuk merokok ketika sedang bekerja di sebuah kediaman sewa.

Semasa serangan berlaku, kumpulan anjing terbabit menyeret mangsa melintasi jalan raya dan cuba menariknya ke dalam parit.

Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian berdepan dengan kumpulan anjing agresif itu dan terpaksa melepaskan tembakan ke arah beberapa ekor daripadanya sebelum kawanan haiwan tersebut melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, melaporkan Fox 2.

Stesen televisyen itu turut mendedahkan bahawa imej Google Street View di lokasi berkenaan menunjukkan kawanan anjing terbabit bebas berkeliaran di jalanan.

Berdasarkan paparan Google Maps, lima ekor anjing dilihat berkeliaran di laluan berhampiran kawasan perumahan, sebuah bangsal ladang kecil dan kontena treler yang terpisah.

Pihak penyiasat percaya anjing-anjing itu merupakan haiwan  liar.

Namun, jiran tetangga memberitahu Fox 2 bahawa haiwan terbabit kerap terlepas dari kawasan halaman berpagar sejak kira-kira dua tahun lalu. – AGENSI

The post Gambar Google Maps rakam lokasi lelaki maut diserang sekumpulan anjing appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved