
LAHAD DATU: Seorang pemandu lori berusia 72 tahun maut selepas lori tangki dinaikinya terbabas dan terjunam ke dalam gaung 10 meter di Batu 18, Jalan Sandakan-Lahad Datu, pada Isnin.
Abd Halim Bolong meninggal dunia selepas tersepit di bawah lori tangki miliknya selama kira-kira 10 jam berikutan kejadian 2.20 pagi itu.
Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa datang dari arah Lahad Datu menuju ke Sandakan apabila hilang kawalan lori itu dan terbabas.
“Lori tangki itu kemudiannya terjunam ke dalam gaung menyebabkan pemandunya tersepit di dalam kenderaan dan maut di tempat kejadian.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Mangsa dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat dan diserahkan kepada polis sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Dzulbaharin, sampel darah mangsa diambil untuk ujian dadah dan alkohol.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, mereka yang melihat kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Siasatan Trafik, Insp. Muhammad Rasul Ramlee pada talian 089-881255 atau datang ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Dzulbaharin turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati semasa memandu bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan susulan kejadian pada pukul 2.42 pagi melalui MERS999.
Sepasukan 20 anggota Bomba dan Penyelamat diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid bergegas ke tempat kejadian dengan dua jentera, kenderaan EMRS dan FRV.
Lima anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan turut terlibat dalam operasi itu.
“Pasukan tiba di lokasi kejadian yang terletak 29 kilometer dari balai itu pada 3.35 pagi dan berjaya mengeluarkan mangsa pada jam 12 tengah hari sebelum menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata jabatan itu.
Jabatan itu menambah, operasi tamat pada 12.30 tengah hari selepas pasukan itu memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

