Warga Emas Maut Selepas Dipercayai Diserang, Ditolak Monyet

24 Sep 2026 • 10:14 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Warga Emas Maut Selepas Dipercayai Diserang, Ditolak Monyet

Seorang warga emas meninggal dunia selepas dipercayai diserang dan ditolak seekor monyet ketika berada di luar rumahnya di daerah Koppal, Karnataka, India pada Isnin.

Memetik Times of India, mangsa berusia 91 tahun itu dikenalpasti sebagai Najamunisa Begum.

Dalam satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, Begum dilihat sedang berdiri di luar rumahnya.

Dia kemudian berjalan ke bahagian tepi rumah untuk meninjau sesuatu dan tiba-tiba kelihatan terkejut, lalu cuba masuk semula ke dalam rumah.

Warga Emas Maut Diserang Dan Ditolak Monyet

Image from: Warga Emas Maut Selepas Dipercayai Diserang, Ditolak Monyet

Bagaimanapun, sebelum sempat berbuat demikian, wanita warga emas itu diserang dan ditolak seekor monyet yang agak besar.

Akibat serangan itu, Begum terjatuh dan terbaring di atas lantai dalam keadaan tidak bergerak sebelum seorang lelaki keluar dari rumah untuk membantunya.

Baca juga:

Lelaki berkenaan juga sempat diserang monyet tersebut ketika cuba menyelamatkan Begum sebelum haiwan itu melarikan diri.

Image from: Warga Emas Maut Selepas Dipercayai Diserang, Ditolak Monyet

Susulan serangan itu, Begum mengalami kecederaan parah dan telah dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, Begum dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaan yang dialaminya.

Sementara itu, pihak berkuasa juga sedang menyiasat kejadian tersebut bagi mengenal pasti keadaan sebenar yang membawa kepada serangan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved