Penunggang maut rempuh van langgar lampu isyarat merah

28 Oct 2026 • 11:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penunggang maut rempuh van langgar lampu isyarat merah

KAJANG – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah van yang dipercayai membelok ketika lampu isyarat merah di persimpangan tiga lampu isyarat Jalan Reko, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kemalangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah van jenis Toyota Hiace berwarna putih membelok ke kanan ketika lampu isyarat merah.

“Van berkenaan kemudian dilanggar sebuah motosikal jenis Yamaha yang sedang bergerak lurus.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemandu van berusia 71 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala ujian saringan air kencing terhadapnya didapati negatif.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau rakaman kamera papan pemuka (dashcam) diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Ahmad Zahrein Muhd. Suod di talian 017-381 8422 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Penunggang maut rempuh van langgar lampu isyarat merah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved