Warga emas meninggal dunia dalam bas

8 Apr 2026 • 10:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis menerima panggilan daripada pemandu bas memaklumkan seorang penumpangnya tidak sedarkan diri pada jam 10.45 pagi, Selasa. Gambar hiasan

TANGKAK - Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam sebuah bas di Bukit Gambir, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, panggilan daripada pemandu bas memaklumkan seorang penumpangnya tidak sedarkan diri diterima pada jam 10.45 pagi.

"Mangsa seorang warga emas wanita berusia 64 tahun menaiki bas dalam perjalanan ke Muar didapati tidak sedarkan diri oleh pemandu bas.

"Pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Bukit Gambir dihubungi dan membuat pemeriksaan ke atas mangsa dan mendapati tiada tanda-tanda kehidupan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tangkak dan laporan bedah siasat mengesahkan sebab kematian adalah Coronary Artery Disease," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama pihak polis merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menyalurkannya kepada balai polis berhampiran atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak 06-9785222.