Warga emas rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket tawar perkhidmatan baik pulih rumah

LocalBusiness & Finance
25 Jun 2026 • 8:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga emas rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket tawar perkhidmatan baik pulih rumah
Mangsa membuat laporan polis pada 10.15 pagi semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Foto hiasan

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita warga emas kerugian RM108,400 selepas diperdaya sindiket tawaran perkhidmatan baik pulih rumah melalui panggilan telefon.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata pada Mac lepas, mangsa yang juga pesara telah dihubungi oleh individu tidak dikenali, yang menawarkan servis baik pulih rumah dengan kadar harga lebih murah berbanding pasaran.

Beliau berkata, bagaimanapun untuk melancarkan urusan itu suspek mengarahkan mangsa yang berusia 61 tahun supaya membuka akaun bank baharu, dan memindahkan wang simpanannya daripada Tabung Haji ke akaun berkenaan.

"Ketika proses pembukaan akaun baharu, mangsa telah memasukkan maklumat nombor telefon dipercayai milik sindiket. Tanpa disedari tindakan tersebut menyebabkan sindiket dapat mengakses akaun itu serta membuat pindahan wang keluar tanpa pengetahuan mangsa.

"Mangsa menyedari ditipu setelah mendapati wang dalam akaun sebanyak RM108,400 lesap beberapa hari lepas. Setelah diperiksa, terdapat tiga transaksi ke tiga akaun tidak dikenali pada 10 Mac lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata, mangsa membuat laporan polis pada 10.15 pagi semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved