Warga emas rugi RM367,300 akibat pelaburan tidak wujud

LocalBusiness & Finance
28 Jul 2026 • 8:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga emas rugi RM367,300 akibat pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas mengalami kerugian lebih RM360,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud. Gambar hiasan

KUCHING - Seorang lelaki warga emas di Miri mengalami kerugian lebih RM360,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, berdasarkan laporan diterima semalam, mangsa telah melihat satu iklan pelaburan di media sosial sebelum menekan pautan disediakan dan berurusan dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan.

"Mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam tempoh singkat sebelum membuat 48 transaksi ke tiga akaun bank dari 9 Jun hingga 20 Julai lepas, membabitkan jumlah keseluruhan RM367,300,” menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas suspek memberikan pelbagai alasan apabila warga emas itu ingin menuntut keuntungan daripada pelaburan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved