Warga emas rugi RM9 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud

LocalBusiness & Finance
14 Jun 2026 • 9:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Warga emas rugi RM9 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud

KUCHING, 14 JUN: Warga emas berusia 79 tahun kerugian RM9.081 juta selepas terperdaya dengan pelaburan saham dan tawaran awam permulaan (IPO) tidak wujud menerusi sebuah aplikasi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyataan hari ini berkata mangsa ditawarkan pelaburan itu oleh suspek pada Januari lalu.

“Mangsa dijanjikan pulangan keuntungan berlipat kali ganda.

“Percaya dengan tawaran itu, mangsa membuat 27 transaksi pemindahan wang ke sembilan akaun bank membabitkan jumlah keseluruhan RM9.082 juta,” katanya.

Alexson berkata mangsa hanya menerima pulangan RM1,000 dan sedar ditipu selepas gagal mengeluarkan wang pelaburan serta keuntungan yang dipaparkan dalam aplikasi tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.