Warga Emas Undang Sebak, Terbongkok-Bongkok Cari Rezeki Jadi Penghantar Makanan

30 Sep 2025 • 5:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang pemuda berkongsi video sebak seorang warga emas dikenali sebagai Zakaria Abdul Wahab gigih mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Cari rezeki sebagai penghantar makanan

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, memperlihatkan Zakaria membawa pesanan pelanggan sambil berjalan terbongkok-bongkok menuju ke arah motosikalnya.

@shafrilrohai

kalau korang nak bantu atau nak memberi boleh DM aku, aku ada full details bank atuk ni

♬ Di Akhir Perang Cinematic Orchestra – SORA TUNE

“Tak pernah penat. Kalau ada yang nak bantu boleh saja DM, sebab saya ada maklumat peribadi atuk ini,” kata pemuda lelaki itu.

Difahamkan, Zakaria sudah arif dengan selok-belok jalan di Mont Kiara, Sri Hartamas, dan Bangsar. Setiap simpang dan selekoh, setiap ceruk tersembunyi, semuanya sudah diingatinya kerana sudah sebati dengan pekerjaan itu.

Ketiadaan Waze atau Google Maps tidak sedikitpun menggentarkan warga emas berusia 71 tahun ini kerana sudah terbiasa tanpa bantuan kemajuan digital.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa sebak melihat warga emas itu masih berusaha keras mencari rezeki biarpun keadaan fizikalnya dilihat sudah tidak lagi sesuai untuk bekerja di luar dengan penuh berisiko.

Malah ada juga wargamaya yang ingin menghulurkan bantuan dengan meminta no akaun pemandu grab itu bagi menghulurkan sedikit sumbangan.

Saya mahu tolong

image is not available

Rajinnya kerja

image is not available

Panjangkanlah umurnya

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 122,000 tontonan dan menerima lebih 27,000 tanda suka.

Sumber: TikTok shafrilrohai